Gara-Gara ‘Edit’ Gambar Dengan Rose Blackpink, Naim Daniel Diugut BLINK

Tular kepingan foto yang memperlihatkan penyanyi muda, Naim Daniel bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose.

Gambar yang telah disunting itu secara tidak langsung menyebabkan jejaka itu diserang oleh peminat artis K-Pop berkenaan.

Lebih dahsyat lagi apabila individu tersebut menghantar pesanan yang berbaur ugutan menerusi mesej peribadi kepada akaun Instagram penyanyi berkenaan.

Pesanan yang diterima oleh Naim Daniel telah dikongsikan oleh penyanyi itu menerusi laman Instagramnya pada hari Sabtu yang lalu.

Bagaimanapun, Naim sama sekali tidak terkesan dengan ugutan yang diterima olehnya.

Ternyata, gambar yang telah disunting itu dimuat naik oleh Naim Daniel untuk mempromosikan lagu yang dinyanyikan semula oleh beliau iaitu Eyes Closed.

Setakat ini, lagu berkenaan telah mencatatkan jumlah sebanyak 120,000 tontonan bersama lebih 10,000 tanda suka sejak ia dimuat naik menerusi laman YouTube sekitar Jumaat lalu.

Rata-rata warganet berpuas hati dengan nyanyian Naim Daniel dan memberikan pandangan serta komentar yang positif.

Apa-apa pun, pada pandangan penulis, tidak salah sekiranya kita meminati atau mengidolakan selebriti hiburan.

Namun, keterujaan kita dalam mengidolakan sesuatu haruslah berpada-pada dan tidak terlalu taksub.

Untuk membaca artikel yang berkaitan dengan selebriti K-Pop, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca