Gara-Gara Doktor Tarik Keluar Rahim, Wanita Ini Hanya Sempat Senyum Kepada Anaknya Sebelum Meninggal Dunia

Seorang ibu muda meninggal dunia selepas melahirkan anak perempuannya akibat perlakuan tidak sengaja seorang doktor yang tertarik keluar rahimnya itu semasa mengendalikan proses bersalin.

Alisa hanya sempat senyum kepada bayinya sebelum pakar obstetrik itu menarik rahimnya secara tiba-tiba sehingga rahimnya menjadi songsang.

Selepas mengalami ‘kesakitan yang luar biasa’ akibat kecuaian doktor itu, Alisa Tepikina koma dan mengalami serangan jantung lalu meninggal dunia secara mengejut di bandar Nizhneserginskaya, Rusia.

Setelah menjalankan siasatan selama enam bulan, doktor yang berusia 27 tahun itu telah didakwa atas kesalahan akibat kecuaian dalam mengendalikan pesakit.

Gambar Alisa bersama suaminya. Sumber: Metro News

Ketua doktor hospital iaitu Elena Barannikova memberitahu Jawatankuasa Penyiasatan Rusia bahawa tiada tindakan ganas yang dilakukan oleh doktor berkenaan.

Elena mendakwa bahawa insiden tersebut berlaku disebabkan rahim pesakit songsang secara tiba-tiba dan boleh dikategorikan sebagai sebuah keadaan yang jarang berlaku.

Walau bagaimanapun, pakar perubatan menolak hujah tersebut selepas melakukan analisis dengan lebih mendalam. Menurut hasil penyiasatan, selepas wanita itu diberikan anestetik, doktor itu sepatutnya mengeluarkan plasenta Alisa secara manual.

Jawatankuasa itu berkata, “Menarik tali pusat tanpa kawalan atau tidak betul membawa kepada rahim songsang sepenuhnya. Organ wanita itu telah ditarik keluar kemudian dimasukkan semula apabila keadaan sudah terlewat. Doktor yang bertugas tidak tahu tentang komplikasi kelahiran tersebut sehingga mengancam nyawa wanita berkenaan.

“Bantuan perubatan diberikan apabila keadaan semakin tegang. Rahim telah dimasukkan semula selepas empat jam 15 minit kemudian sejurus berlakunya pendarahan tidak terkawal dan jantung pesakit gagal berfungsi.”

Saudara-mara Alisa turut mendengar jeritan wanita berkenaan sementara mereka sedang menunggu di hospital.

Keluarga Alisa. Sumber: Metro News

Bapa kepada Alisa iaitu Dmitry Malyukov, “Anak perempuan saya menderita dan menjerit kesakitan tetapi doktor tidak memberi perhatian.”

Anak perempuan Alisa iaitu Anya kini dibesarkan oleh ibu Alisa dan suaminya.

Artikel Lain Untuk Di Baca