Gara-Gara Dipeluk Jiran, Bayi Ini Temui Ajal Pada Usia 40 Hari Akibat COVID-19

*Gambar hanya sekadar hiasan.

Seorang bayi berusia 40 hari di Indonesia menghembuskan nafas terakhir selepas disahkan positif COVID-19.

Kejadian itu berlaku semasa bayi itu menerima pelukan daripada jiran tetangga yang datang melawat untuk mengucapkan tahniah di atas kelahirannya.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Umum Smart Pamekasan di wilayah Jawa Timur di Indonesia selepas disahkan positif COVID-19 semasa usianya memasuki 28 hari.

Dia bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir selepas menerima rawatan di hospital selama dua minggu.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan

Sementara itu, ketua pasukan petugas COVID-19 tempatan iaitu Syaiful Hidayat berkata pengesanan kontak rapat mendapati bayi terbabit positif COVID-19 selepas terkena jangkitan daripada jiran-jirannya yang datang melawat untuk menyambut kelahirannya.

Menurut Syaiful lagi, kebanyakan daripada jiran keluarga berkenaan dilaporkan telah memangku dan memeluk bayi itu semasa kunjungan mereka ke rumah.

Selepas kunjungan tersebut, bayi berkenaan mula menunjukkan simptom seperti batuk, demam dan mengalami masalah pernafasan. Ibu bapa kepada bayi berkenaan sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan disahkan negatif.

Pasukan petugas COVID-19 tempatan itu turut mendapati penduduk setempat di daerah Tlanakan iaitu tempat tinggal bayi tersebut menunjukkan simptom wabak tersebut.

Ada juga segelintir daripada penduduk yang turut disahkan positif COVID-19 tetapi tidak menjalani kuarantin kendiri.

Sementara itu, Indonesia telah merekodkan 49,009 kes positif COVID-19 manakala 2,573 daripada mereka tewas kepada wabak tersebut pada waktu artikel ini ditulis.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca