Gara-Gara Dakwa Nora Anne Dirogol Orang Asli, Pihak Polis Akan Siasat Individu Di Sebalik Akaun Twitter Ini

Seorang pengguna Twitter terima padah apabila ‘gatal tangan’ memuat naik satu tweet yang mendakwa bahawa Nora Anne Quoirin dirogol orang asli. Pihak polis akan mengambil tindakan terhadap individu di sebalik akaun bernama Zikri Armstrong atas tuduhan yang tidak berasas itu.

Individu terbabit mencoret satu dakwaan yang mengatakan bahawa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos lalu sebelum ditemui mati pada hari ke-10 kehilangannya telah dirogol orang asli.

“Perogol Nora Anne adalah orang asli. Police will never find the killer because most orang asli still don’t have IC or any sort of citizen data. Bet me,” coretnya di laman Twitter.

Lokasi resort yang merupakan tempat penginapan Nora Anne dan keluarganya di Pantai, Seremban adalah berdekatan dengan kawasan penempatan Orang Asli.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Mohamad Mat Yusop, dakwaan pengguna laman sosial itu merupakan satu fitnah.

Walau bagaimanapun, beliau mengatakan bahawa setakat ini, pihaknya belum menerima sebarang laporan polis berhubung tweet yang mula tular sejak semalam itu. Meskipun begitu, polis akan tetap menjalankan siasatan terhadap individu tersebut.

“Itu adalah fitnah. Setakat ini polis belum menerima sebarang laporan (mengenai tweet), bagaimanapun akan melakukan siasatan,” katanya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca