Gara-Gara Curi 2 Paket Milo, Wanita Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara 14 Bulan

Mahkamah Majistret Marang di Terengganu telah menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap seorang suri rumah yang berusia 43 tahun semalam atas kesalahan mencuri dua paket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya pada 25 Mei lalu.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh iaitu Suhaini Mohd yang juga merupakan seorang penagih dadah membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan fakta kes, pemilik pasar raya itu mengesan aksi mencurigakan Suhaini menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) sekali gus mengekorinya sebelum tertuduh nekad melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dinaikinya di Hentian Bas Marang.

Sumber: Utusan Malaysia

Polis bagaimanapun berjaya menahan tertuduh di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang di Dungun, Terengganu berpandukan nombor pendaftaran motosikal terbabit pada 6 Jun lalu.

Suhaini yang mempunyai empat orang anak sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barang-barangan pasar raya pada tahun 2019 dan 2021 berdasarkan laporan Utusan Malaysia.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pada pendapat anda, adakah hukuman penjara 14 bulan merupakan satu keputusan yang adil?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca