Selepas pertama kali terbit dengan lagu PPAP atau ‘Pen Pineapple Apple Pen’ tiga tahun lalu, penyanyi Jepun, Pikotaro kembali mencuri tumpuan warganet di seluruh dunia minggu ini.
Penyanyi itu kembali popular di media sosial apabila mengeluarkan lagu terbaru Pray-for-People-and-Peace yang mengajak orang ramai untuk mencuci tangan sempena dengan penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Lagu itu juga turut dikenali sebagai PPAP versi tahun 2020 seperti tertera di muzik video yang dimuat naik sejak 5 April lalu.
Masih menggunakan irama yang sama dengan lagu PPAP yang tular suatu ketika dahulu, muzik video terbaru itu juga menyaksikan beliau masih mengenakan pakaian bermotifkan harimau sama seperti sebelum ini.
Walaupun hanya menukar sedikit lirik dan menggunakan irama yang sama, namun video tersebut sudah pun mencatatkan hampir 5 juta tontonan di Youtube.
Malah, lagu tersebut juga berjaya memecahkan rekod Dunia Guinness sebagai lagu terpendek memasuki carta Billboard Hot 100.
Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan industri muzik, sila klik pada pautan di bawah: