Gara-Gara Cemburukan Aktor Bollywood, Lelaki Ini Sanggup Bunuh Isteri Sendiri

Seorang lelaki menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara-gara cemburu terhadap minat pasangannya dengan seorang aktor Bollywood.

Donne Dojoy, 27, dari Queens, Amerika Syarikat dikatakan meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai Hrithik Roshan sehingga menyebabkan suaminya Dineshwar Budhidat, 33, cemburu dan berang.

“Donne memberitahu, setiap kali dia menonton filem atau mendengar lagu actor Bollywood itu di rumah, suaminya akan menjadi cemburu,” kata rakan mangsa, Mala Ramdhani.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Dojoy singgah di pangsapuri suaminya untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama sebelum pergi bekerja.

Namun, sumber daripada polis berkata sekitar jam 7.30 petang waktu tempatan, Budhidat menghantar pesanan kepada adik isterinya mengatakan dia telah membunuh mangsa dan memberitahu kunci pangsapurinya berada di bawah pasu.

Pelaku kemudian meninggalkan mayat mangsa yang ditikam lalu menggantung diri di sebuah pokok di padang yang berhampiran dengan rumahnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca