Gara-Gara Cari Kolam Tular Di TikTok, Wanita Ini Maut Terjatuh Dari Ketinggian 46 Meter

Seorang guru yang merupakan ibu kepada dua anak menghembuskan nafas terakhir selepas mendiang terjatuh dari ketinggian 46 meter ketika mencari kolam infiniti yang tular di Snowdonia, Wales.

Victoria Luck dilaporkan terjatuh dari gunung selepas mangsa tersesat ketika mencari kolam infiniti di Snowdonia. Wanita itu sedang mendaki bersama pasangannya Matthew Radnor mencari kolam berkenaan yang terletak berdekatan Llanberis Pass selepas melihatnya di TikTok.

Matthew telah membawa Victoria lebih 161 kilometer dari rumah mereka di Wolverhampton, England ke Betws-y-Coed, Wales pada 19 Disember tahun lalu sebagai hadiah awal untuk Krismas.

Mirror melaporkan pasangan itu menemui lokasi unik yang dikatakan sebagai kolam infiniti di media sosial sebelum mereka sama-sama berpakat untuk datang melihatnya sendiri.

Sumber: Mirror

“Saya ternampak kolam infiniti itu di TikTok dan kemudian menunjukkan kepadanya. Memandangkan Victoria terpesona dengan tempat itu, kami mengambil keputusan untuk pergi ke sana,” jelasnya.

Pasangan itu dilaporkan tersesat di Crib Goch dan mengambil keputusan untuk mengikut arah berbeza dalam usaha mencari jalan turun dari situ.

Beberapa minit selepas itu, Matthew terdengar jeritan mendiang tetapi tidak nampak wanita terbabit terjatuh ke bawah. Lelaki itu segera menjerit untuk meminta tolong.

Helikopter penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian tetapi guru pendidikan khas itu meninggal dunia di situ. Mangsa dilaporkan menghembuskan nafas terakhir dengan beberapa kesan kecederaan kerana terjatuh dari ketinggian 46 meter.

Penolong kanan koroner North West Wales iaitu Sarah Riley berkata, “Tiada laluan yang dapat direkodkan di kawasan itu dan ia bukan jalan yang orang ramai tahu untuk turun dari Crib Goch.

Kekasihnya mengesahkan bahawa mereka tidak mempunyai peta ketika itu. Mereka juga tidak menggunakan apa-apa aplikasi bantuan navigasi dalam telefon bimbit mereka.”

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca