Gara-Gara Buluh, Persengketaan Antara Uighur Dan China Telah Menyebabkan Lenyapnya 12 Juta Nyawa

Pemerintah China terus-menerus melakukan penindasan dan melaksanakan tindakan yang sewenang-wenangnya terhadap kaum minoriti Muslim Uighur di Xinjiang. Penduduk ini menjadi sorotan dunia dek laporan tentang mereka yang masih mengalami kekangan daripada pemerintah China.

Muslim Uighur tertindas gara-gara ketidakadilan dan diskriminasi ekonomi yang terletak dibawah pemerintahan China. Wilayah yang kaya dengan hasil Bumi itu tidak mendapat kemudahan infrastruktur yang sepatutnya dan persiapan taraf hidup yang lebih baik malah hasil bumi mereka semuanya dirampas pihak berkuasa China.

Kekerasan pemerintahan China yang memandang persatuan atau sesuatu organisasi itu lebih penting daripada hak asasi manusia (HAM), membuatkan mereka semakin galak memusnahkan kebudayaan etnik Uighur. Sebagai contohnya, China mendikriminasikan penggunaan bahasa ibunda Uighur dan menolak sekeras-kerasnya pembinaan sekolah Islam yang mengajarkan sejarah dan nilai-nilai keislaman.

Perang saudara antara mereka

Uighur adalah nama wilayah yang diduduki eknik minoriti ini dan Hui ialah nama etnik mereka manakala etnik majoriti di China ialah Han. Nama wilayah Uighur telah ditukar kepada nama wilayah yang baharu iaitu Xinjiang. Namun, Uighur kekal digunakan namanya sebagai mana asalnya oleh rata-rata etnik Hui.

Namun, konflik antara kedua etnik ini kisahnya bermula pada abad ke-19, tepatnya pada tahun 1862 hingga 1877.

Peristiwa yang terlakar dalam sejarah yakni membunuh 12 juta nyawa itu digelar Dungan Revolt atau Pemberontakan Dungan.

Dungan adalah panggilan yang dikenakan kepada kelompok etnik yang beragama Muslim dan berketurunan campuran Arab-China serta sedikit beridentiti seperti budaya Rusia.

Sebahagian teori menyebutkan bahawa konflik ini bermula daripada isu harga jualan sebatang buluh yang melibatkan penjual Han dan pembeli Hui. Namun, berdasarkan catatan sejarah pada zaman itu telah menunjukkan bahawa sejumlah batang buluh telah dibeli oleh orang Hui yang dikatakan untuk membuat senjata. Berikutan sebelum pembelian itu, orang-orang Han pernah menyerang orang-orang Hui sekaligus meniupkan api perkauman di antara mereka.

Mungkin disebabkan ketakutan yang melampau atau sikap pesimis yang tidak terhad, akhirnya perang saudara itu tercetus di sepanjang Sungai Kuning, Ningzian, Shaanxi serta Xinjiang iaitu wilayah yang diduduki masyarakat Muslim Uighur sekarang.

Pemberontakan Dungan ini terjadi semasa pemerintahan Maharaja Tongzhi daripada Dinasti Qing di mana para jeneral Qing juga turut serta bagi mengakhiri perang antara etnik ini.

Perang ini kerap disebut sebagai pemberontakan orang Hui terhadap Dinasti Qing walaupun tiada bukti yang menunjukkan orang Hui ingin menyerang Beijing atau menggulingkan pemerintahan Dinasti Qing tetapi lebih kepada tekad mereka untuk membalas dendam dan soal ketidakadilan.

Dianggarkan sekitar dua juta orang Hui dan enam juta orang Han mati dalam konflik terbabit.

Bagaimanapun, orang-orang Hui gagal memenangi perang ini dan melarikan diri ke bekas wilayah Soviet Union seperti Kazakhstan dan Kyrgyzstan.

Uighur dan China pada masa kini

Kedua-dua pihak ini bergaduh dan bertelagah bukan disebabkan perampasan dan tuntutan wilayah seperti apa yang dilakukan Israel ke atas Palestin ataupun perebutan sempadan seperti di Kashmir. Namun, mereka ini tega menumpahkan darah dan keringat hanya kerana tanggapan buruk yang tiada sudah.

China dengan trauma mereka terhadap perang yang pernah tercetus suatu ketika dahulu yang kononnya berpunca daripada pemberontakan orang Hui serta berpegang bulat-bulat bahawa Islam adalah agama yang berideologi militan.

Uighur pula semakin tergugat dek kemunculan kumpulan-kumpulan ektremis yang mahu menentang China tetapi mereka teguh berpegang bahawa cara menggapai matlamat dihalalkan walau bagaimanapun kaedahnya agar hak ditegakkan waima terpaksa menggunakan keganasan sekalipun. Ini merumitkan lagi keadaan Muslim Uighur yang tersepit.

Semua ini tidak akan terjadi jika orang Han ketika Dinasti Qing dahulunya bersikap optimistik dan China sekarang tidak mengabaikan HAM serta berlaku adil antara etnik.

Sejarah banyak menipu generasi malah membutakan hati.

Artikel Lain Untuk Di Baca