Gara-Gara Buat Perbandingan Konsert Justin Bieber Dengan Kelas Agama, Penceramah Ini Dikecam Hebat

Berita penyanyi terkenal antarabangsa iaitu Justin Bieber bakal mengadakan konsert di Malaysia pada Oktober ini masih lagi menjadi bualan ramai di media sosial.

Seorang penceramah bebas yang dikenali sebagai Iddin Ramli bagaimanapun menerima kecaman hebat apabila dia mengulas tentang penyanyi pujaan ramai itu di akaun Twitter miliknya.

Sekiranya anda menonton video tersebut, Iddin mendakwa tiket penyanyi Love Yourself itu sudah semestinya akan terus sold out apabila jualan tiket dibuka kepada orang ramai pada hujung bulan ini walaupun harganya mencecah ribuan ringgit.

“Belum sempat jual tiket dah sold out ni. Harga RM2,088 itu pun dikira murah bagi orang yang betul-betul minat benda ni,” ujarnya.

Sumber: Twitter Iddin Ramli

Walau bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian orang ramai apabila penceramah bebas itu membuat perbandingan konsert dengan kelas agamanya yang akan dibuat sepanjang bulan Ramadan ini.

Iddin menerima kecaman hebat daripada warganet yang berkata penceramah bebas itu sengaja membuatkan orang ramai berasa serba salah kerana menyamakan industri hiburan dengan hal-hal keagamaan.

Pada pendapat anda, adakah tindakan Iddin membuat perbandingan konsert Justin Bieber dengan kelas agamanya sengaja membuatkan orang ramai berasa serba salah atau sebaliknya?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca