Gara-Gara Berpakaian Tidak Sopan Ketika Berkunjung Ke Bazar, 39 Wanita Telah Diberi Notis Kaunseling

Baru-baru ini, satu notis hadir sesi khidmat nasihat telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) terhadap 39 wanita kerana didapati berpakaian tidak sopan dalam operasi yang dijalankan sekitar negeri itu.

Pada masa yang sama, menerusi operasi yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 7 malam itu, 2 individu turut diberi notis sama kerana didapati tidak berpuasa.

Di samping itu, pihak JAHEAIK turut memberi teguran dan nasihat secara lisan kepada 8 individu yang berpakaian tidak sopan.

Menurut Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah) JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain, seramai 70 orang penguat kuasa terdiri daripada pelbagai agensi termasuklah Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) turut terbabit dalam operasi itu.

Tambahnya lagi, anggota berkenaan dipecahkan ke beberapa lokasi di sekitar bazar Ramadan, premis kedai makan, bank dan pusat beli-belah sebaik sahaja taklimat selesai.

Beliau memberitahu operasi itu berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi berlangsung.

“Operasi sama akan dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang Ramadan ini untuk memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan,” ujarnya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca