Gara-Gara Bermain Api Di TikTok, Remaja Ini Dirawat Di ICU

Seorang remaja perempuan mengalami melecur teruk setelah mencuba aksi di laman sosial TikTok dan kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital Oregon, Amerika Syarikat.

Destini Crane yang berusia 13 tahun itu terbakar pada bahagian leher dan tangan selepas kejadian tersebut berlaku.

Pada 13 Mei yang lalu, remaja tersebut dikatakan telah mencuba aksi melukis pada cermin bilik mandi menggunakan cecair mudah terbakar sebelum ia mula meletup.

Susulan itu, Destini telah mengalami melecur tahap ketiga dan terpaksa dirawat di ICU.

Ibunya memberitahu bahawa dia sedang duduk di ruang tamu ketika terdengar anaknya itu menjerit. Dia kemudiannya berlari ke bilik mandi dan terlihat api yang sedang marak.

Ibu mangsa, Kimberly Crane, mempercayai bahawa bahan-bahan tersebut telah bercampur lalu meletup. Dia juga mendapati sebatang lilin, pemetik api dan juga alkohol dalam bilik tersebut.

Kimberly bergegas membawa anaknya keluar daripada bilik tersebut, membuka bajunya yang sedang terbakar sementara jirannya menelefon 911.

Destini akhirnya dimasukkan ke dalam ICU dan masih tidak boleh bercakap sejak daripada kejadian tersebut sehingga sekarang.

Sejak itu, remaja berkenaan telah menjalani hampir tiga pembedahan graf kulit dan dijangka akan hanya mampu menggerakkan tangan dan lehernya selepas beberapa bulan.

Kimberly mengakui bahawa anaknya itu sememangnya obses dengan aplikasi TikTok dan telefonnya juga didapati masih sedang merakam beberapa minit setelah kejadian tersebut.

Keluarga mangsa ingin menjadikan kisah Destini sebagai pengajaran kepada sesiapa yang ingin meniru aksi-aksi membahayakan untuk mengikuti trend media sosial.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca