Gara-Gara ‘Berbulu’, Orang Barat Anggap Rambutan Buah Makhluk Asing

Tidak dinafikan lagi, rambutan merupakan antara buah yang menjadi kegemaran majoriti rakyat Malaysia. Tambah pula kalau isinya diletakkan di dalam peti, nikmat sungguh! Namun begitu, lain pula bagi masyarakat Barat apabila mereka menganggap ia sebagai buah makhluk asing kerana rupanya yang pelik dan ‘berbulu’.

Satu video pendek daripada siri Netflix yang memaparkan dua orang pelakon yang kononnya sedang menerokai bulan telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu Kopi Panas.

Dalam penerokaan tersebut, mereka telah menemui buah rambutan dan mengambil keputusan untuk melakukan eksperimen iaitu dengan memakannya.

Apa yang membuatkan rata-rata terhibur adalah apabila buah rambutan yang menjadi kebanggaan kita itu terlebih dahulu disapu pada bibir bagi menentukan sama ada ia beracun atau tidak.

“Siri Netflix ini berkisar tentang penerokaan ruang angkasa yang mendarat di bulan dan menemui buah makhluk asing. Ia sebenarnya adalah buah rambutan.”

“Mereka sapu terlebih dahulu pada bibir untuk lihat sama ada ia beracun. Kemudian baru mereka rasa sedikit,” coretnya dengan meletakkan emoji ketawa.

Perkongsian akaun Kopi Panas itu ternyata berjaya mencuit hati warganet apabila ia mendapat lebih 12,000 ulang kicau dan 10,000 tanda suka.

Berikut kami kongsikan beberapa reaksi daripada warganet yang mampu menghiburkan hari anda:

https://twitter.com/Ellie_Asma/status/1155863946382888960

Sekali rasa pasti hari-hari mereka pergi ke ‘bulan’ untuk memetik buah makhluk asing ini!

Artikel Lain Untuk Di Baca