Gara-Gara Berang Telefon Bimbit Dirampas, Pelajar Ini Nekad Bakar Asrama

Gara-gara tidak berpuas hati telefon bimbitnya dirampas oleh pihak sekolah, seorang pelajar perempuan di Mahdia, Guyana bertindak membakar asrama sekolahnya sebagai tanda protes.

South China Morning Post melaporkan kebakaran itu telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 19 kanak-kanak lain.

Sumber: Siakap Keli

Terdapat kira-kira 57 orang pelajar yang dilaporkan berada di dalam asrama ketika waktu kejadian.

Dalam insiden itu, kira-kira 20 pelajar telah dibawa ke hospital di mana dua orang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Suspek berang telefon bimbit dirampas pihak sekolah

Sumber: Siakap Keli

Seorang pegawai kerajaan berkata, “Selepas (pihak sekolah) mengambil telefon daripada gadis itu, dia membuat ugutan pada malam sama bahawa dia akan membakar bangunan itu dan semua orang mendengarnya.”

Beberapa minit selepas membuat ugutan itu, pelajar itu pergi ke kawasan bilik mandi dan menyembur racun serangga pada langsir sebelum menyalakan mancis.

Pegawai kerajaan itu turut menjelaskan hasil keterangan yang diperoleh daripada pelajar lain turut melaporkan insiden sama.

Walaupun terdapat usaha untuk memadamkan kebakaran, pegawai itu berkata api merebak dengan pantas kerana struktur siling yang diperbuat daripada kayu dan akhirnya menyebabkan seluruh bangunan musnah dijilat api.

Api merebak dengan pantas

Sumber: Siakap Keli

Ketika waktu kejadian, pelajar-pelajar perempuan dilaporkan sedang tidur tetapi mereka dikejutkan kerana mendengar jeritan penghuni asrama lain.

“Ketika kejadian, mereka mendapati api/asap yang berpunca dari kawasan bilik mandi merebak dengan pantas di dalam bangunan.

Ia menyebabkan badan beberapa orang pelajar melecur dan ada juga yang terhidu asap. Terdapat beberapa pelajar lain yang sempat melarikan diri,” jelas pegawai itu.

Laporan polis rasmi mengesahkan bahawa, “seorang pelajar perempuan disyaki telah menyebabkan kebakaran kerana telefon bimbitnya telah dirampas.”

Suspek turut mengaku bahawa dia telah melakukan perbuatan itu dan kini berada di bawah pengawasan polis di hospital daerah di Mahdia untuk tindakan lanjut.

Polis sedang mendapatkan nasihat sama ada akan mendakwa suspek atau sebaliknya. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca