Gara-Gara Berang Permintaannya Dapatkan Sijil Tanpa Disuntik Vaksin Ditolak, Antivaksin Ini Serang Jururawat

*Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Gallup

Selepas permintaannya untuk mendapatkan sijil vaksinasi tanpa menerima suntikan vaksin COVID-19 ditolak, seorang lelaki yang terpengaruh dengan sentimen antivaksin telah menyerang jururawat dan pembantu di sebuah pusat beli-belah dekat Thuringia, Jerman.

Memetik laporan Vice, kedua-dua mangsa yang cedera telah dirawat di hospital tetapi mereka sudah dibenarkan untuk keluar. Serangan itu juga telah menyebabkan program vaksinasi di pusat beli-belah berkenaan terpaksa dihentikan satu hari. Suspek segera dikesan oleh pihak berkuasa dan telah berjaya ditahan.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan. Sumber: Healthline

Dalam pada itu, keganasan berkenaan dikecam oleh persatuan perubatan Jerman iaitu Kassenärztliche Vereinigung (Persatuan Doktor Insurans Kesihatan Berkanun).

Selain Kassenärztliche Vereinigung, pengerusi persatuan perubatan berkenaan di Thuringia iaitu Annette Rommel menyatakan bahawa beliau tidak sangka orang yang sangat komited untuk melawan pandemik COVID-19 diserang oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Seorang penyelidik dari kumpulan anti-perkauman Jerman Yayasan Amadeu Antonio iaitu Nicholas Potter berkata kepada VICE World News, “Retorik yang didorong oleh konspirasi, anti-Semitism dan anti-demokratik yang disebut gerakan Querdenken (pemikir lateral) semakin mendorong kepada tindakan ganas.”

Menurut Nicholas lagi, golongan antivaksin akan berkumpul di platform permesejan Telegram untuk membincangkan teori-teori bagi menafikan kewujudan COVID-19 dan mendakwa vaksinasi adalah untuk mengambil nyawa atau menghambakan orang ramai.

“Sudah terlalu lama pihak berkuasa telah meremehkan ancaman yang ditimbulkan oleh golongan antivaksin dan penganut ideologi konspirasi. Ini bukan sekadar anti-autoritarianisme yang melakukan demonstrasi menentang Big Pharma sebaliknya adalah penentang tindakan kesihatan yang semakin radikal dan menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan politik mereka,” ujarnya.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan antivaksin, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca