Gara-Gara Bakar Bangkai Tikus Untuk Hilangkan Bosan, Seluruh Kedai Habis Terbakar

Gara-gara terlampau bosan di tempat kerja, 2 orang pekerja di sebuah kedai basikal di Bury St Edmunds, England memilih untuk mengisi masa lapang mereka itu dengan membakar beberapa bangkai tikus yang ditemui mereka.

Tindakan itu bukan sahaja mengisi masa mereka yang terluang namun turut ‘memberi’ kerja kepada pihak bomba apabila api berkenaan menjadi tidak terkawal dan mengakibatkan kebakaran.

Restoran dan pub berdekatan turut terkena tempias api yang marak itu.

Dalam insiden itu, lebih 60 anggota bomba berusaha keras untuk memadamkan kebakaran. Ia berlaku kira-kira jam 5 petang dan pihak bomba dikatakan tiba di lokasi kejadian tidak lama selepas itu. Mereka mengambil masa yang lama untuk memadamkan api yang marak itu sepenuhnya iaitu sehingga tengah malam.

‘Dalang’ kebakaran itu pula iaitu kedai basikal berkenaan dipercayai musnah dijamah api dan mengalami kerugian kira-kira £1.6 juta (RM8.5 juta).

Ashley Finley meninggalkan mahkamah.

Berdasarkan pendengaran Mahkamah Ipswich Crown pada hari Selasa, Dysney Sibbons dan Ashley Finley bertindak membakar bangkai tikus kerana mahu menceriakan hari bosan mereka.

Pada hari pertama perbicaraan, kedua-kedua pekerja itu mengaku bersalah atas tindakan mereka.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca