Gara-Gara Anjing, Lelaki Ini Terperangkap Dalam Perigi Selama 6 Hari

Seorang lelaki British berjaya diselamatkan oleh pasukan keselamatan setelah terjatuh ke dalam perigi lama sedalam empat meter di Bali.

Difahamkan, beliau telah berada di dalam selama enam hari tanpa makanan atau air.

Jacob Robert, dipercayai terjatuh ke dalam perigi yang sudah tidak lagi digunakan selepas cuba melarikan diri daripada seekor anjing.

Menurut pasukan pencari dan penyelamat, Gede Darmada, jeritan lelaki berusia 29 tahun itu didengari oleh seorang penduduk tempatan yang sedang membawa lembunya meragut.

“Mangsa mengalami sedikit kecederaan iaitu patah kaki apabila terjatuh ke dalam perigi yang hampir kering itu.

Dalam kenyataan kepada pihak berkuasa, mangsa memberitahu beliau terjatuh dalam perigi ketika cuba melarikan diri daripada seekor anjing yang mengejarnya,” katanya.

Mangsa yang kelihatan kurus dan cedera itu telah dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut.

Malang tidak berbau, semestinya kita perlu menjaga diri sewaktu berada di kawasan yang kita tidak biasa berada supaya insiden seperti ini tidak berlaku lagi. Ia merupakan satu keajaiban apabila beliau masih lagi bertahan walaupun sudah enam hari hidup tanpa makan dan minum. Semoga Jacob Robert kembali sembuh seperti sedia kala.

Untuk membaca artikel lain yang hampir sama seperti ini, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca