Gara-Gara Anak Tak Faham Kerja Sekolah, Ibu Ini Terkena Serangan Jantung

Penulis pasti ramai di antara anda yang pernah dimarahi ibu bapa kerana tidak membuat kerja sekolah. Seorang ibu dari China ini juga berdepan perkara yang sama apabila anaknya masih tidak faham perihal tugasan sekolahnya meskipun telah diajar berulang kali. Namun, tak siapa sangka, amarah si ibu hampir mencabut nyawanya sendiri.

Menurut laporan Sin Chew Daily, wanita yang berusia 36 tahun itu berasa sungguh tertekan kerana anak lelakinya masih tidak memahami kerja sekolahnya.

“Saya sudah cuba menerangkan kepadanya beberapa kali tetapi dia masih sahaja memberi jawapan yang salah,” kata wanita yang berasal dari Hubei, China itu.

Difahamkan, ibu muda itu sering mengajar anaknya membuat kerja sekolah pada setiap malam.

Walau bagaimanapun, pada satu malam semasa sesi pembelajaran, wanita itu dikejarkan ke hospital oleh suaminya setelah mengadu sesak nafas.

Ibu tersebut akhirnya didiagnos dengan serangan jantung akibat masalah kawalan emosi. Tambah doktor, nyawa wanita itu boleh melayang akibat serangan penyakit berkenaan.

“Penyakit ini sering menyerang ibu bapa muda. Jika bukan berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang, emosi psikologi turut merupakan penyumbang kepada masalah ini. Kebanyakan pesakit terdiri daripada golongan ibu muda,” ujar doktor itu.

Menurut China Press, wanita terbabit dilaporkan sering melenting ekoran anak-anaknya sering menghadapi masalah dengan pembelajaran mereka. Namun begitu, ibu berkenaan tidak pernah menyangka keadaan akan menjadi teruk.

Semenjak kejadian itu, ahli psikologi profesional telah menasihati para ibu bapa untuk sentiasa mengawal emosi dengan baik sewaktu mengajar anak-anak untuk mengelakkan tekanan.

Ibu berkenaan dilaporkan kini masih dalam jagaan pihak hospital. Difahamkan, selain daripada mengalami masalah sesak nafas, wanita itu turut dikatakan mengalami migrain, muntah dan kadar denyutan jantung yang tidak normal.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca