Gara-Gara Ambil Ubat Tercemar, 16 Orang Kanak-Kanak Alami Sindrom ‘Serigala Jadian’

Seramai 16 orang kanak-kanak di Sepanyol mengalami sindrom ‘serigala jadian’ selepas mengambil ubat yang disyaki tercemar.

Menurut laporan Daily Mail, kesemua kanak-kanak berkenaan mengalami ‘hypertrichosis’ iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan hampir keseluruhan badan dipenuhi bulu tebal selepas pengambilan ubat dicemari minoxidil iaitu penawar kepada keguguran rambut.

Agensi Perubatan dan Produk Kesihatan Sepanyol mengarahkan beberapa ubat yang dihasilkan syarikat farmaseutikal berpangkalan di Malaga, Farma-Química Sur Sl ditarik balik bermula 11 Julai lalu.

Difahamkan, kumpulan kanak-kanak tersebut juga diberikan omeprazole bagi merawat masalah asid dan penghadaman namun ubat itu tanpa disedari sudah tercemar.

Menurut laporan media tempatan, selepas berhenti mengambil ubat berkenaan, pertumbuhan rambut semua kanak-kanak terbabit semakin berkurangan.

Ibu bapa juga dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan perubatan sekiranya anak mereka diberi formula tercemar itu dan memeriksa farmasi berdekatan bagi mengetahui tahap keselamatan ubat yang dibeli.

Peringkat pertama ubat berkenaan sudah pun ditarik daripada pasaran bulan lalu apabila menerima 13 laporan kes.

Tiga laporan lagi dibuat pada awal bulan ini di mana ia sekali gus menyebabkan penarikan semula satu lagi peringkat ubat dari beberapa farmasi terkemuka.

Pihak berkuasa percaya bahawa pencemaran itu memberi kesan kepada sehingga 30 farmasi di Andalusia dan 50 peringkat ubat.

Susulan pencemaran yang berlaku, lesen perniagaan Farma-Química Sur turut digantung dan tidak lagi dibenarkan mengimport atau mengedar sebarang jenis ubat.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca