Gantung Patung Pada Bampar Kereta, Apa Maksudnya?

Pernahkah anda memandu di jalan raya dan ternampak sebuah kereta yang mempunyai patung mainan tergantung pada bampar belakangnya? Kebanyakan boneka ini selalunya kelihatan kotor dan buruk akibat diheret ke sana ke mari.

Di Bangkok, Thailand, amalan ini pertama kali dilakukan oleh pembawa teksi sebelum penunggang motosikal turut mengikut trend ini.

Persoalan yang sering muncul di minda saat trend ini kelihatan adalah, apa maksudnya? Adakah ia hanyalah satu perhiasan atau ada maksud yang tersembunyi?

Menurut kepercayaan sesetengah masyarakat di negara gajah putih ini, menggantung patung pada bampar kereta merupakan satu pemberian kepada roh mereka yang terkorban dalam kemalangan jalan raya.

Difahamkan, dengan melakukan perkara ini, masyarakat di sana berharap bahawa roh si mati tidak akan menganggu pemandu kenderaan kerana sibuk bermain dengan boneka yang dilekatkan pada bampar kereta.

Kepercayaan unik ini dipercayai berasal dari negara Korea kerana rakyat di sana percaya bahawa sekiranya seseorang itu meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya, rohnya akan berada berhampiran kawasan kematiannya.

Selain itu, masyarakat turut percaya bahawa roh si mati sedang menunggu masa untuk dilahirkan semula. Oleh itu, mereka akan menganggu pemandu lain pada waktu malam supaya mereka juga mengalami kecelakaan di kawasan yang sama.

Namun begitu, menurut kajian, tidak semua orang yang mengikuti trend menggantung boneka di bampar kenderaan ini tahu akan maksud sebenarnya.

Malah, ada juga sesetengah pemandu yang berniat nakal dengan menggantung patung berupa anggota badan manusia untuk menakutkan penumpang lain.

Jadi, sekiranya anda sedang memandu di jalan raya, perhatikan kenderaan manakah yang menggantung boneka seperti ini pada bampar kenderaan mereka dan apakah rupa patung itu.

Untuk membaca artikel lain berkaitan kepercayaan dan ritual, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca