Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di KL, Petaling Dan Shah Alam, Ini Senarai Penuh Kawasan Terjejas

Sebanyak 1,292 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang berikutan pencemaran di sumber air mentah Sungai Selangor mulai Khamis.

Menerusi satu kenyataan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, pihaknya telah mengambil tindakan dengan melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam alternatif HORAS 600 dengan kapasiti 150 juta liter sehari dan pelepasan empangan sebanyak 500 juta liter sehari bagi pencairan bahan pencemaran yang terdapat di Sungai Selangor.

Pada masa yang sama, Air Selangor juga menyediakan bantuan bekalan air dengan mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital dan pusat dialisis.

“Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air untuk kecemasan seperti urusan kematian boleh menghubungi 15300 atau WhatsApp di nombor 019-2816793 dan 019-2800919. Bantuan bekalan air juga boleh didapati melalui pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS),” kata kenyataan itu.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan kepada pelanggan yang terjejas,” kata kenyataan itu lagi.

Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual akan dimaklumkan dari masa ke masa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk laman Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan juga laman sesawang www.airselangor.com.

Berikut kami kongsikan senarai kawasan yang terjejas:

Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor
Sumber: Twitter @air_selangor

Untuk baca artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca