Gangguan Bekalan Air Bermula 24 April Ini, 4.14 Juta Pengguna Di 577 Kawasan Akan Terjejas Selama 4 hari

Lebih daripada 4 juta penduduk di beberapa kawasan di Lembah Klang, Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling, termasuk Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air selama 4 hari bermula 24 April (Rabu) ini.

Gangguan tersebut dipercayai berikutan kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan air di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), lebih kurang 4.14 juta pengguna di 577 kawasan terbabit akan terjejas dengan gangguan bekalan air itu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memaklumkan bahawa kerja-kerja penambahbaikan tersebut akan dilaksanakan pada 24 April ini untuk tempoh 14 jam.

“Kerja-kerja penambahbaikan ini akan menyebabkan tugas loji terhenti sepenuhnya. Oleh itu, beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Langat dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air sementara.”

“Tempoh pemulihan bekalan air selepas pengoperasian semula loji kepada pelanggan akan berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi geografi dan altitud premis pelanggan,” menurut Syabas dalam satu kenyataan.

Sebanyak 10 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan mula diaktifkan pada pukul 8 pagi, Jumaat, 26 April ini.

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki air hanya akan digerakkan pada 26 April 2019 dengan keutamaan bagi kegunaan kecemasan dan premis-premis kritikal.

Sehubungan dengan itu, para pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air ini dinasihatkan untuk menyimpan air secukupnya sebelum 24 April ini.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan status terkini, anda boleh melayari laman web Syabas, Facebook dan Twitter Air Selangor serta aplikasi telefon pintar, ‘Air Selangor’.

Berikut merupakan senarai kawasan-kawasan terlibat dan tempoh masa gangguan:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca