Game Mobile Legends Dan PUBG Bukan Suatu Yang Asing Lagi Bagi Malaysia

Game Mobile Legends: Bang Bang sememangnya menjadi salah satu permainan mudah alih yang paling popular abad ini. Namun, selepas kemunculan PUBG Mobile, permainan Mobile Legends mendapat saingan yang sengit. Walau bagaimanapun, kedua-dua permainan ini bukan suatu yang asing lagi bagi negara Malaysia. Nama penuh bagi PUBG Mobile ialah PlayerUnknown’s Battlegronds.

Bilangan Pemain

Bilangan pemain dalam kedua-dua game tersebut sangat banyak. Sebagai contoh, Mobile Legend telah disenaraikan di tangga 3 teratas dalam permainan yang paling popular di Google Play, sehingga Awal Januari 2018, bilangan pemuat turun game Mobile Legends di Google Play sebanyak 1.5 juta.

Walau bagaimanapun, game PUBG Mobile yang dilancarkan pada 2017 juga mempunyai peminat yang begitu ramai. Hal ini terbukti daripada jumlah keseluruhan pemain game ini sebanyak 400 juta orang di seluruh dunia.

Lokasi server

Berdasarkan jumlah pengguna atau pemain, game PUBG Mobile kini jauh lebih banyak berbanding Mobile Legends. Hal ini dipengaruhi oleh lokasi server kerana game PUBG Mobile telah tersebar di beberapa benua. Selain berada di Asia, ia juga termasuk negara China yang seperti kita ketahui, mereka sangat gemar akan permainan online ini. Permainan PUBG juga tersebar di Eropah dan Amerika.

Oleh itu, tidak pelik jika pemain PUBG Mobile terlalu ramai. Namun begitu, Mobile Legends juga tidak kurang popularnya kerana ia juga mempunyai pemain yang ramai di benua Asia, terutamanya Asia Tenggara seperti negara Malaysia.

Semoga segala perkongsian ini memberi manfaat. Jangan lupa follow Lejen Press di Channel Telegram. Segala informasi menarik menanti para pembaca.

Artikel Lain Untuk Di Baca