Game ‘KFC Dating’ Ini Akan Buatkan Anda Makin Jatuh Cinta Dengan Ayam Gorengnya

Restoran makanan segera KFC global kini sedang mengusahakan sebuah permainan video. Pihak pakar ayam goreng legenda itu bakal melancarkan sebuah permainan video ‘Dating Simulator’ yang bertajuk I Love You Colonel Sanders! A Finger Lickin’ Good.

Dating Simulator (Sims) merupakan sejenis game yang berasal dari Jepun dan mengandungi unsur romantik. Ia mirip dengan novel grafik, di mana ada watak dan plot penceritaan.

Tugas para pemain adalah membina hubungan dengan karakter di dalam permainan tersebut. Tapi kena hati-hati pilih jenis game ini sebab sesetengahnya ada kandungan erotik dan porno.

Menurut laporan portal Polygon, para pemain dalam game KFC ini dikawal untuk menjadi seorang pelajar kulinari di samping Colonel Sanders versi muda sekitar umur 20-an, berambut putih dan gagah perkasa. Dahi penulis turut berkerut bila melihat ‘Atuk KFC’ versi Sims ini.

Sambil mencari cinta, anda perlu bergelumang dengan rempah ratus, tahu goreng ayam dan lulus sekolah kulinari. Kalau bernasib baik, Colonel Sanders mungkin akan mengambil anda sebagai rakan kongsi perniagaan.

Sebelum ini, KFC turut membuka akaun ‘KFC Gaming’ di laman Twitter dan telah mengacarakan pelbagai perlawanan maya.

 

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca