Gambar seorang remaja bernama Syukor Khamis bersama kerbau peliharaan bapanya menjadi tular di media sosial sejak semalam. Gambar itu dirakamkan oleh jurugambar professional, Nazri Sulaiman dan Dollah Deen Photographer.
Keunikan gambar tersebut turut melayakkannya memenangi anugerah ‘Street/People Photographer of The Year Asian Geographic -Image of Asia 2018’ dan ‘Remarkable Award'(Siena International Photography Award 2018) Italy.
Pelbagai aksi pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Terengganu itu bersama dengan kerbaunya mendapat pujian pengguna media sosial, termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, yang menyatakan kekagumannya terhadap keakraban dan kemesraan Syukor bersama haiwan itu yang disifatkannya begitu ikhlas.
Selepas tular di media sosial, Syukor akui dia menerima banyak ucapan tahniah daripada orang ramai yang turut datang ke kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan.
“Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau. Tetapi hari ini, saya seronok kerana dapat buat ayah bangga dan mengubah persepsi orang terhadap pekerjaan ayah,”katanya kepada Harian Metro ketika ditemui di rumahnya.
Menerusi catatan di akaun Facebook Nazri Sulaiman berkata, Syukor bukan hanya berkawan dengan kerbau sebaliknya turut menjadikan haiwan lain seperti kambing, lembu, angsa dan burung sebagai sahabatnya.
Ini antara gambar-gambar menarik adik Syukor yang dirakamkan oleh Nazri Sulaiman:
Lihat juga komen menarik daripada warganet di media sosial.
Kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi jurugambar profesional seperti Nazri Sulaiman dan Dollah Deen, jadikanlah kejayaan mereka ini sebagai sumber inspirasi dan pembakar semangat untuk anda semua berada sebaris dengan mereka.
Sumber: Nazri Sulaiman