Gambar Seakan-Akan Berwarna, Namun Ia Sebenarnya Hitam Dan Putih

Jika anda melihat gambar di atas, sudah pasti anda akan mengatakan bahawa ia menunjukkan orang yang memakai pakaian berwarna-warni walhal ia sebenarnya hitam dan putih sahaja.

Gambar ini merupakan karya seorang lelaki yang dikenali sebagai Oyvind Kolas. Gambar ini juga menjadi perdebatan di antara warganet setelah dia memuat naik gambar tersebut di halaman Twitter. Malah, gambar tersebut dikatakan telah tersebar dan mendapat ‘likes’ lebih daripada 38 ribu pengguna Twitter.

Gambar itu ditambah dengan garisan berwarna yang membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya akan mengatakan ia memang berwarna.

Selain itu, Kolas turut memuat naik gambar lain dengan menggunakan teknik dan hasil yang sama tetapi orang ramai tetap melihat gambar tersebut seolah-olah berwarna meskipun ia sebenarnya hitam dan putih.

Teknik luar biasa ini adalah sama dengan bagaimana mesin cetak menafsirkan warna. Campuran warna yang dilihat oleh mata dan kemudiannya ditafsirkan oleh otak kita untuk membuat gambar akhir.

Oleh itu, adakah anda juga melihat gambar ini sama seperti orang lain?

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca