Pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada 28 Februari lalu masih meningglkan kesan yang mendalam buat Bunga Citra Lestari. Walau bagaimanapun dengan sokongan keluarga dan saudara terdekatnya, Bunga kelihatan makin kuat dan redha.
Setelah hampir empat minggu ditinggalkan suami tercinta, wanita yang mesra dipanggil Bunga itu sentiasa melawat pusara Ashraf di San Diego Hills, Karawang. Bukan sahaja dirinya, Bunga juga mengajak ibunya Emmy Syarif dan satu-satu anak lelakinya, Noah untuk menziarahi pusara Ashraf.
Baru-baru ini, melalui akaun Instagram peribadi milik Emmy Syarif, ibunya memuat naik gambar yang menyentuh hati apabila Bunga dan Noah kembali ke pusara Ashraf. Dalam gambar itu, kelihatan pusara Ashraf dipenuhi dengan taburan bunga merah yang indah.
Di samping itu, Bunga juga mempunyai cara tersendiri untuk dapat merasakan kehadiran Ashraf di sekelilingnya.
Semasa menziarahi pusara Ashraf, Noah dan Bunga berpelukan seperti sedang menggapai Ashraf. Bunga dan Noah seolah-olah dapat merasakan kehadiran Ashraf sedang memeluk mereka.

Gambar Bunga dan Noah tersebut menerima pelbagai komen daripada warganet. Mereka turut beremosi, dan ada juga yang menitiskan air mata kerana keikhlasan Bunga dan Noah kepada Ashraf.
View this post on Instagram#doa utk Dady#kemakam with nena#
A post shared by emmymuchlis (@emmymuchlis) on
Sesungguhnya, ajal dan maut itu pasti datang. Kita sebagai manusia harus redha dan tabah menjalani kehidupan.
Untuk membaca artikel lain yang berkaitan, sila klik pada pautan di bawah: