Galas Tugas Besar, Majoriti Warganet Sambut Baik Pelantikan Dr. Adham Baba Sebagai Menteri Kesihatan

Setelah dua minggu lamanya Kementerian Kesihatan ‘bergerak’ tanpa seorang menteri gara-gara kemelut politik yang berlaku di negara kita pada 23 Februari lalu, ia kini diterajui oleh Datuk Seri Dr. Adham Baba di bawah Kabinet Perdana Menteri Kelapan iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Muhyiddin

Semalam, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan barisan Menteri Kabinet baharu dalam satu sidang media khas yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. Anggota Kabinet berkenaan masing-masing akan mengangkat sumpah pada hari ini.

Perjalanan karier Dr. Adham Baba

Dr. Adham yang berusia 57 tahun itu memperoleh ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) dari Universiti Malaya pada tahun 1987. Beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan pada tahun 1988 sehingga 1990.

Beliau memulakan karier sebagai seorang doktor perubatan dalam sektor swasta pada tahun 1990 sehingga sekarang dengan memiliki rangkaian Klinik Adham Sdn. Bhd. Sebelum ini, anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu juga pernah menggalas jawatan sebagai Pegawai Khas (Pendidikan) di Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2000 sehingga 2004 serta Setiausaha Parlimen Kementerian Pengajian Tinggi pada tahun 2004 sehingga 2008.

Pada masa yang sama, Dr. Adham turut dipertanggungjawabkan beberapa jawatan tinggi dalam syarikat berkaitan kerajaan termasuklah Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada tahun 2013 sehingga 2018 dan Pengerusi UniKL Medical Services Sdn. Bhd. pada tahun 2010 sehingga 2015.

Perjalanan politik Dr. Adham Baba

Dr. Adham mula menceburi bidang politik pada tahun 1991 di mana ketika itu, beliau memegang jawatan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Senai. Kemudian, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Tenggara dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-11 dan berjaya meraih kemenangan.

Selepas itu, Dr. Adham diberikan kepercayaan oleh penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Raja dan terpilih menjadi wakil rakyat selama dua penggal apabila berjaya meraih majoriti undi pada PRU12 dan PRU13.

Pelantikan Dr. Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan disambut baik

Tinjauan kami di media sosial mendapati bahawa majoriti warganet menyambut baik pelantikan Dr. Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan Malaysia. Rata-rata meletakkan setinggi-tinggi harapan kepada beliau terutamanya dalam menangani wabak COVID-19 yang semakin menular di Malaysia. Berikut kami kongsikan beberapa coretan daripada pengguna laman Facebook:

Warga Twitter juga tidak terlepas untuk memberi respons berkenaan pelantikan Dr. Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan Malaysia. Berikut kami kongsikan beberapa ciapan daripada pengguna laman itu:

Seluruh team Lejen Digital mendoakan agar Dr. Adham Baba dapat melaksanakan mandat yang diamanahkan kepada beliau dengan jayanya.

Untuk membaca artikel lain berkenaan barisan Menteri Kabinet baharu, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca