Gagal Tepati Janji, Apple Terpaksa Bayar Pampasan Lebih RM4 Bilion Kepada Samsung

Walaupun sudah lebih 10 tahun, Apple dan Samsung masih lagi merupakan seteru utama dalam industri telefon pintar dengan kedua-dua jenama ini mempunyai pengikut mereka tersendiri.

Sekiranya anda mahu tahu, kedua-dua gergasi teknologi ini menjalinkan kerjasama di mana pihak Samsung menyediakan paparan OLED yang tersedia pada iPhone kepada Apple.

Untuk pengetahuan anda, salah satu punca Apple menjadikan Samsung sebagai pilihan utama mereka kerana jenama dari Korea Selatan itu mempunyai paparan OLED yang berkualiti tinggi.

Untuk dijadikan cerita, Apple dilaporkan terpaksa membayar wang pampasan sebanyak $1 bilion (RM 4,263,000,000) kepada Samsung. Hal ini demikian kerana jenama gergasi dari Amerika Syarikat ini dilaporkan telah melanggar perjanjian apabila membuat pesanan jumlah paparan OLED lebih rendah daripada apa yang dijanjikan kepada pihak Samsung.

Untuk rekod, pesanan paparan OLED yang rendah ini juga turut dikaitkan dengan penurunan dalam jumlah pengguna membeli telefon pintar keluaran Apple apabila wabak COVID-19 mula menular ke seluruh dunia sejak awal tahun ini.

Dalam pada itu, ini bukanlah kali pertama Samsung menyaman Apple dan begitu juga sebaliknya. Walaupun begitu, urusan perniagaan antara kedua-dua syarikat ini tetap berjalan sehingga ke hari ini.

Pada pendapat anda, jenama telefon pintar mana yang menjadi pilihan hati daripada perspektif seorang pengguna?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan telefon pintar, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca