Gagal Tamatkan Pengajian, Lelaki Ini Hilangkan Diri Daripada Keluarga Selama 16 Tahun

Disebabkan gagal menamatkan pengajian di universiti, seorang lelaki di China akhirnya bertemu semula dengan keluarganya selepas menghilangkan diri selama 16 tahun.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Wang itu disatukan dengan keluarganya di bandar Xi’an, China pada 16 November lalu. Pertemuan semula itu sempat dirakamkan oleh saluran media tempatan iaitu Xiashi News.

Sekiranya anda menonton video berkenaan, Wang yang kini berusia 39 tahun dilihat jatuh berlutut dan menangis sambil meminta maaf kepada ibunya yang melihatnya untuk kali pertama sejak 2005.

Sumber: Insider

Menurut kenyataan daripada Pihak Berkuasa Kastam Xi’an, Wang ialah pelajar terbaik ketika di sekolah menengah iaitu pada tahun 2001. Walau bagaimanapun, beliau akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan ahli keluarganya yang tinggal 10 jam jauh daripadanya di wilayah Shandong empat tahun kemudian.

Hal ini demikian kerana lelaki itu berasa sangat malu dan tidak dapat bersemuka dengan ibu bapanya selepas ketagih dengan permainan video dan gagal keluar dari universiti.

Ini kerana Universiti Chang’an iaitu tempat belajar Wang ditetapkan sebagai kolej 211 Project di mana ia merupakan salah satu daripada 100 universiti terbaik di China.

Sepanjang 16 tahun Wang menghilangkan diri, beliau telah bekerja di Xi’an dalam beberapa pekerjaan aneh yang tidak memerlukannya mendaftar secara rasmi dengan kerajaan tempatan.

Wang akhirnya berhubung dengan keluarganya selepas muncul di pejabat kerajaan tempatan yang terletak di Xi’an untuk memperbaharui kad pengenalan miliknya.

Ketika berada di pejabat tersebut, pegawai kerajaan itu kemudiannya mendapat tahu Wang telah disenaraikan sebagai orang hilang dan terus menghubungi keluarganya di Shandong.

Menerusi temu bual dengan media tempatan, Wang berkata beliau bekerja dengan gaji rendah yang membayar makanan dan penginapan selama 16 tahun di luar rumah tetapi tidak pulang kerana malu. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca