Gagal Hadirkan Diri Ke Mahkamah, Waran Tangkap Dikeluarkan Untuk Muhammad Sajjad

Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor telah mengeluarkan waran tangkap ke atas usahawan kosmetik iaitu Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau nama popularnya Nur Sajat kerana tidak hadir ke mahkamah tanpa sebarang alasan bagi pendakwaan kes pada hari Khamis.

Nur Sajat dituduh memiliki untuk tujuan 11 produk yang keluarannya tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut peraturan 7(1)(a) Dadah dan Kosmetik 1984.

Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Malangnya, Nur Sajat tidak hadir ke mahkamah untuk pengurusan kes tersebut.

Pendakwaan dilakukan Pengawai Pendakwa Nor Aini Suzila Zakariah dari Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Difahamkan sebelum ini CPF melakukan pemeriksaan di premis milik ahli perniagaan itu di Shah Alam, Selangor pada 15 Ogos lalu.

CPF juga turut bertindak mengambil keterangan daripada beberapa orang pekerja di premis itu termasuk Nur Sajat yang selaku pengarah di syarikat tersebut.

Berdasarkan keterangan yang diambil, jelas bahawa syarikat itu melanggar Peraturan 7 (1)(a) iaitu Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Komestik 1984.

Malah Nur Sajat juga pernah didakwa memiliki 19 produk kecantikan yang tidak berdaftar dengan KKM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada 12 Mei 2019.

Artikel Lain Untuk Di Baca