Gagal Bayar Pampasan, Mahkamah Tinggi Arah Harta Sajat Disita Dan Dijual

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah melaksanakan writ penyitaan dan penjualan harta milik usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. Arahan penyitaan itu dikeluarkan di kediaman Sajat yang terletak di Kota Damansara, Selangor pada 10.30 pagi tadi.

Memetik laporan Astro Awani, tindakan penyitaan itu diambil bagi menuntut pampasan berjumlah RM200,000 yang gagal dibayar Sajat kepada bekas stokis utama perniagaan girdle dan bengkungnya iaitu OWA Resources Sdn. Bhd.

Menurut Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi yang juga pengeluar perintah tersebut iaitu Farah Wahida Md Nor, arahan penyitaan dan penjualan harta itu juga dikeluarkan kerana kegagalan usahawan sensasi itu membayar jumlah penghakiman pada Disember lalu.

Menurut Farah lagi, arahan penyitaan itu juga dikeluarkan kerana Sajat dikatakan tidak memberikan sebarang maklum balas untuk membayar pampasan selepas gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada April lalu.

Untuk pengetahuan anda, Sajat difahamkan gagal membekalkan bengkung dan girdle kepada bekas stokisnya berdasarkan apa yang dipersetujui.

Sementara itu, peguam yang mewakili pihak OWA Resources Sdn Bhd iaitu Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zulkifli berkata tindakan penyitaan akan turut dibuat terhadap aset-aset lain yang boleh disita dan dijual sekiranya hasil jualan daripada penjualan barang yang telah disita itu tidak mencukupi membayar pampasan berkenaan.

Menurut Hafidzah, “Writ penyitaan dan penjualan telah pun ditampal di premis defendan pada hari ini. Jika pihak defendan (Sajat) tidak membuat bayaran, semua barang yang disita akan dilelong pada 14 Disember ini.

Sekiranya jumlah pungutan wang hasil daripada penjualan barang yang telah disita hari ini masih tidak mencukupi, anak-anak guam akan mengambil langkah seterusnya bagi menyita aset-aset lain yang boleh disita dan dijual.”

Dalam pada itu, semua barang Sajat yang disita akan dilelong di bawah harga pasaran untuk menebus pampasan yang perlu dibayar kepada pihak plaintif. Apa pendapat anda?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan Sajat, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca