Gadis Ini Meninggal Dunia Akibat Gigitan Kutu Kucing

Seorang gadis berusia 16 tahun dari Phetchabun, Thailand meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah selepas digigit oleh kutu daripada kucing yang dibelanya.

Remaja berkenaan yang bernama Sunisa dan keluarganya memiliki beberapa ekor kucing. Menurut neneknya, Sunisa digigit oleh seekor kutu dari salah satu kucing tersebut.

Gigitan tersebut menyebabkan Sunisa mengalami gejala seperti demam, gatal-gatal pada tubuhnya, sakit tulang dan bengkak seluruh badan.

Selepas mengalami gejala itu, Sunisa mengambil ubat dan pergi ke sekolah seperti biasa.

Walau bagaimanapun, bukan sahaja keadaan Sunisa tidak bertambah baik namun kesihatannya semakin merosot. Jadi, keluarganya membawanya ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Malangnya, gadis tersebut meninggal dunia pada hari Isnin,6 Ogos lalu.

Nenek Sunisa berkata, terdapat banyak kucing di rumahnya adalah kerana ada individu yang telah membuang haiwan itu di depan rumah mereka. Oleh kerana kasihan, mereka sekeluarga mula membela kucing-kucing itu.

Semakin hari, bilangan kucing yang diterima oleh keluarga itu meningkat kepada kira-kira tujuh ekor kucing tetapi selepas insiden Sunisa mereka telah memberikan kucing-kucing itu kepada orang lain.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca