Gadis Ini Kongsikan Tips Untuk Belajar Sehingga Mendapat Keputusan Cemerlang

Artikel ini disumbang oleh: Akak pening

Artikel ini ditujukan kepada semua pelajar di luar sana, tidak kira anda belajar di universiti, sekolah menengah mahupun sekolah teknik, anda pasti perlukan tips-tips untuk mencapai apa yang anda inginkan dalam pelajaran anda dan seterusnnya kehidupan.

Seorang gadis di Twitter baru-baru telah kongsikan tips-tips untuk belajar,kekal fokus, sehingga dia sendiri mendapat keputusan cemerlang. Bahasa telah diolah semula oleh penulis.

1. Hubungan dengan Allah

Sebelum nak berjaya, pastikan jaga hubungan sendiri dengan Allah sebab kalau kita usaha banyak mana pun tapi kita tak tawakkal, nak berjaya macam mana pun susah. Jaga solat, doa, dan baca Al Quran. Setiap hari, baca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.

Untuk hari yang saya tidak sibuk pula, saya akan baca diantara maghrib and isyak. Untuk minggu ulang kaji atau hari peperiksaan saya akan baca lebih sikit bila lepas mana-mana solat 5 waktu. Tips ini saya guna pakai seorang pelajar cemerlang yang pernah tular dengan keputusan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dia perolehi. Beliau berkata:

“Kalau kita nak belajar fardhu kifayah dalam dunia ni, mulakan dengan amalkan fardhu ain.” Iaitu walaupun kita belajar, jangan sesekali ketepikan Al Quran sebab itulah kitab yang lebih hebat dari segala ilmu dunia yg kita belajar. Sebab itu bila saya nak belajar tapi tak baca Al Quran, saya rasa tak tenang.

Doa yang saya selalu amalkan ketika sujud terakhir adalah “Ya Allah, kau permudahkanlah aku untuk memahami setiap ilmu yang aku pelajari Ya Allah, dan kau berkatilah setiap ilmu yang aku pelajari Ya Allah, dan kau berikanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat”

InshaaAllah, kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah pun akan tolong kita bila kita perlukan Dia satu hari nanti. Biar orang cakap kita tak alim dari segi pakaian, biar orang bagi persepsi buruk pasal kita, janji kita tahu yang hanya Allah kenal siapa diri kita yang sebenar.

2. Hubungan dengan ibu bapa

Yang ini sensitif sikit bagi saya sejak saya dah kehilangan ibu bapa. Arwah mama meninggal dunia waktu saya cuti sem 1. Sebelum masuk universiti, saya betul-betul niat untuk berjaya sebab nak mama ayah tengok saya naik pentas dengan bangganya! Sepanjang sem 1, saya dikira beruntung kerana mama sempat doakan kejayaan saya(doa seorang ibu), tapi mama saya tak sempat nak tengok keputusan sem 1 iaitu saya mendapat 3.9 (pointer). Saya cakap dengan ayah dan kawan-kawan nak extend sebab rasa dah hilang minat untuk belajar. Tapi Alhamdulillah, mereka pujuk saya untuk teruskan dan saya nak buat ayah saya bangga bila dapat tengok kejayaan saya.

Lepas sem 1, saya rasa sedih sangat sebab dah hilang senjata yang paling ampuh iaitu doa seorang ibu. Jadi saya pujuk “tak apa, teruskan doa pada Allah, mama sebelah Allah. Mesti mama dengar juga” Jadi, kepada yang masih ada ibu. Guna lah senjata yang paling ampuh itu. Hormati mereka dan peluk selalu.

Ayah, adalah ‘mak dan ayah’ saya selepas itu. Saya hormati dan minta ayah pula yang tolong doakan kejayaan saya. Tapi Allah bagi lagi ujian, ayah saya dapat tengok keputusan saya sampai sem 4 sahaja, waktu itu saya dapat 3.95 dan dapat anugerah pelajar terbaik untuk pre-grad. Tapi tak dapat datang sebab ayah meninggal pada hari yang sama.

Keputusan 4 flat saya kali ini. Saya tak dapat langsung untuk tunjukkan pada ibu bapa saya sedangkan selama ini mereka lah insan yang saya ingin hadiahkan kejayaan saya untuk balas jasa mereka, walau sedikit. Tiada pelukan ibu dan ayah untuk keputusan kali ini, peluk diri sendiri sahaja mampu untuk melepaskan rasa rindu pada mereka.

Point kat sini, fikir balik niat untuk pergi belajar. Untuk cari pakwa yang utama? Sebab nak ikut kawan masuk universiti? Sebab kena paksa dengan ibu bapa? pastikan niat nak belajar tu sebab Allah dan untuk buat mak ayah bangga dengan kita. Lepastu nak bercinta pergilah. Asalkan niat nak belajar tu jelas.

Hormati ibu bapa. Mak dan ayah yang susah-susah hantar kita belajar, bagi bantuan kewangan dan kata-kata supaya kita terus berjaya. Diorang bukan nak duit kita, tapi cuma nak lihat kita berjaya. Pandai bawa diri dan belajar betul-betul dah cukup dah.

3. Hubungan dengan pensyarah

Ini yang paling ramai pelajar abaikan. Pensyarah adalah insan yang mencurahkan ilmu pada kita, tapi selalunya kita akan kutuk dan maki pensyarah. Ya, semua manusia tak sempurna, mungkin ada sesetengah pensyarah yang tak pandai mengajar dan garang. Tapi itu bukan alasan untuk hilang rasa hormat pada mereka.

Kalau pensyarah itu bersikap negatif, cuba untuk luahkan pada kawan sahaja kalau tak tahan sangat, cuma tak perlu sampai mengutuk fizikal dia semua. Kalau rasa dia tak bagus, terus mengadu pada pihak yang sepatutnya untuk dia ubah cara mengajar atau tukar sahaja pensyarah. Pensyarah itu pun manusia, ada kekurangan tapi dia tetap seorang guru yang nak tolong tambahkan ilmu untuk diri kita. Kalau dia tak baik,  kita jangan jadi tak baik juga. Tapi jadi lebih baik. Fokus apa yang dia ajar. Jangan bersikap biadap dalam kelas atau cuba untuk tunjuk diri lebih pandai berbanding pensyarah. Kalau dia tegar, layankan sahaja.

4. Hubungan sesama insan

Jangan pernah rasa diri tu di atas walaupun mendapat pointer yang lebih tinggi daripada pelajar lain. Setiap kali saya dapat keputusan bagus, saya paling takut dengan diri saya sendiri sebab takut terdetik untuk riak, angkuh, sombong dan lain-lain. Macam mana saya ketepikan riak tu? ya, saya selalu akan rujuk mana-mana yang saya tak faham pada kawan-kawan walaupun diorang selalu cakap diorang tak pandai dan banyak lagi. Kadang-kadang nak belajar ni bukan orang tak pandai je kena rujuk orang pandai, yang pandai pun boleh rujuk orang yang dapat pointer biasa-biasa. Cuba untuk saling bertukar pendapat tentang ilmu sebab dekat situ pemahaman kita akan lebih kukuh dan yakin.

Ajar kawan-kawan yang tak faham. Saya suka bila orang tanya saya sebab dapat kongsikan ilmu dan bantu kawan-kawan dan rasa lebih mudah ingat dan berkat. Niatkan nak belajar pandai-pandai sebab nak bantu orang lain jadi pandai juga bila faham sesuatu ilmu. Tak perlu belajar benda sama 5-6 kali. Fahamkan dan cuba terangkan.

Baiklah, cukup untuk hubungan yang perlu kita jaga. Sekarang saya tunjukkan pula bagaimana cara saya belajar:

 1. Subjek kira-kira

Subjek kira-kira sentiasa menjadi subjek kegemaran saya sejak kecil. ‘Kegemaran’ tak bermaksud saya sentiasa rasa senang. Ada sesetengahnya susah juga, contoh matematik tambahan lah kan?

Jadi, cara saya ulang kaji subjek kira-kira, saya akan tulis semua formula-formula kt testpad (memandangkan saya tak suka buku nota). Tersusun, untuk topik 1 ada formula apa, topik 2 formula apa dan seterusnya. Lepastu saya akan highlight. Highlight ni pun ada cara dia, kalau untuk tajuk biru, pastikan semua tajuk warna biru untuk topik tu. Kalau tak faham nanti boleh mesej di Twitter Akak pening.

Warna-warna ni sebenarnya membantu otak kita ingat dengan lebih cepat. Maksudnya bila kita buat soalan, kita ingat dan dapat bayangkan nota formula kita di dalam sel-sel otak yang sedang berhubung pada ketika itu dengan lebih tepat berbanding tak highlight. Lepastu fahamkan formula, bukan hafal formula. Bila faham, automatik kita boleh hafal.

Tapi saya takda lah setiap malam ulang kaji, ulang kaji bila nak ujian atau quiz sahaja sebenarnya, jadi kalau quiz dengan ujian itu memang saya akan buat semua sem lepas punya soalan untuk topik yang masuk. Jadi dekat situ dah kira persiapan untuk peperiksaan akhir tahun. Jangan putus asa bila tak faham. Rujuk kawan-kawan.

tapi sebelum rujuk pastikan faham asas, jangan susahkan orang lain untuk ajar dari A-Z. Dia pun nak ulang kaji juga. Ulang kaji untuk sem lepas sebanyak-banyak yang boleh masa nak ujian ataupun quiz, jadi otak hanya perlu refresh masa peperiksaan. Waktu peperiksaan nanti senang dekat otak dah faham konsep, cuma tingga buat sahaja.

Pastikan skor dalam ujian dan quiz. Carry mark jaga betul-betul, jadi nanti waktu final kalau kertas susah, sekurang-kurangnya carrymark dah boleh bantu untuk tambah apa yang patut. Jangan ambil mudah dengan carrymark. Fokus betul-betul untuk pengiraan dalam kelas, pensyarah adalah rujukan yang terbaik daripada kawan dan buku.

Kenapa saya cakap pensyarah adalah rujukan terbaik? Sebab penysarah akan lebih tepat bila mengajar dan lebih betul berbanding kawan-kawan. So takda lah kes keliru atau kawan tak pasti dia ajar betul atau tak. Buku pula kadang-kadang susah nak faham. Jangan jadi bodoh sombong tak nak bertanya pensyarah kalau tak faham.

Kalau pensyarah ni jenis suka malukan pelajar yang bertanya. Tak apa, sabar. Cuma pastikan yang korang tanya tu memang dah semua orang tak tahu nak jawab baru tanya pensyarah. Jangan benda senang-senang pun nak tanya pensyarah. Nanti pensyarah rasa dia gagal fahamkan pelajar dia yang dia ajar selama ini. Common sense.

Untuk jawab soalan kira-kira pula, pastikan anda sentiasa tulis formula sebelum jawab soalan supaya tak pening, nampak teratur dan yakin soalan tu nak apa bila nak jawab. Saya memang ada sikap ‘kedekut kertas’ jadi saya akan garis tengah supaya kertas nampak penuh dan tak kosong, psiko diri sendiri la kononnya  sebab tulisan kecik je.

Cara untuk betul-betul faham cepat dalam pengiraan adalah fokus dalam kelas, banyak bertanya bila tak faham dengan segera. Fahamkan dalam kelas juga waktu pensyarah mengajar, jangan ambil mudah “oh takpa nanti balik belajar dengan kawan”. Jangan bergantung pada orang lain sebab akhir sekali ramai orang akan pentingkan diri sendiri untuk berjaya.

2. Subjek teori

Seperti yang anda tahu, banyak jurusan yang mempunyai banyak subjek membaca dan hafal dan majoriti pelajar yang akan salin nota untuk subjek-sebjek teori. Tapi notes is really a big NO for me sebab saya tak suka buat notes dan rasa buang masa tulis benda yang sama dalam buku yang dah diringkaskan. Jadi cara saya adalah:

Highlight! Ya, highlight bagi saya ibarat senjata yang banyak bantu saya dalam subjek teori. Saya akan highlight siap-siap untuk tajuk semua kaler biru contohnya, lepastu sub topic kaler lain, lepastu baru saya mula baca setiap helai dalam buku and highlight explanation.

Buku-buku pula saya akan letak sticky notes dekat tepi untuk senang buka bab dan bila baca, kita senang nak tahu lagi berapa muka surat nak baca dalam setiap bab. Jadi dekat sini boleh sasar awal-awal harini nak baca sampai bab mana and self reward kat chapter berapa.

3. Waktu saya belajar

Waktu saya belajar selalunya lepas isyak (azan je terus solat dan then study), so makan malam saya akan makan lepas asar supaya tak ganggu waktu malam. Saya akan study sampai pukul 2 pagi diselangi dengan on the phone kalau saya rasa bosan or need to take some times. Paling lewat pun pukul 3 pagi.

Andai kata hari yang ada kelas, tapi ada ujian atau quiz lagi beberapa hari. Saya akan study lepas balik kelas dan malam tu akan lebih fokus dan tidur pukul 2. Kalau takda ujian ke apa, kadang-kadang malam tu tak study atau tidur awal. Tenangkan badan untuk esok punya aktiviti dan kelas.

So basically saya study dalam kelas, kuatkan pemahaman waktu belajar kat bilik and refresh betul-betul bila dah nak final. So otak tak pressure untuk belajar benda baru bila tengah final, cuma perbaiki kalau ada yg lemah.

4. Komitmen dalam ‘group assignment’

Untuk carry mark yang bagus, buat sebaik yang mungkin dalam group assignment. Pastikan buat sumbangan dalam group assignment dengan bersungguh-sungguh, jangan buat orang terpaksa buat bahagian korang dalam assingment. Alhamdullillah, saya dapat group mate yang sangat bekerjasama dan memahami diantara satu sama lain.

Saya juga ada masalah group mate dalam beberapa sem mungkin sebab stress ada yang malas buat kerja. Jadi waktu final kena perform habis-habisan untuk cover balik carry mark. Nasihat saya, dalam assignment, jangan harapkan seseorang buat semua perkaradan ambil advantage sebab dia perfectionist.

Apa yang saya ingin beritahu, cuba untuk bersungguh-sungguh dalam group assignment. In case ada alasan yang munasabah atau betul-betul tak boleh bantu, terangkan supaya orang faham situasi awak dan orang tak akan judge secara negatif kalau nampak sangat awak malas atau berdalih untuk buat kerja

Group assignment wujud untuk kita bersedia untuk ada kerja sama jadi bila kerja nanti mudah untuk kerjasama dengan orang lain. Jangan pentingkan diri atau susahkan kumpulan anda.

5. Makan and minuman Saya

Makan je maggi, ramen cheese ke apa semua makan. Cuma kurangkan makanan yang ada MSG. Saya suka sangat makan coklat before study kira-kira sebab dapat boost otak punya pemahaman (ceh.. yeke? Ke alasan je boleh cheat day). Segala air bergas sy tak akan minum.

Sebab dah set “Kena jaga otak. Muka dah la tak lawa, takkan nak pakej dengan bodo” hehe teruk betul psiko diri sendiri. Tapi saya selalu craving jeruk bila nak exam, pastu salahkan setan “ha mesti sebab setan yang goda suruh rosakkan otak”  kah!  Jadi, habis exam baru saya makan semua tu.

Fast food saya makan je. Cuma makanan yang masam, junk food, air bergas, kafein mmg tolak tepi bila dah nak exam. Waktu belajar saya boleh minum 6 liter sehari. Sentiasa rasa haus waktu study, tapi lepastu berkawan baik la dengan toilet sebab asyik nak buang air.

6. Cergas dan cerdas

Untuk jaga otak dan badan, saya akan tidur cukup-cukup. Jangan tak tidur langsung semata-mata esok ada exam. Saya akan pastikan saya cukup tidur dan kekadang terlebih tidur dalam sehari. Saya tak suka berjaga jadi kelebihan dia saya dapat rehatkan otak untuk jawab exam esok harinya.

Banyak kawan-kawan saya jenis tak tidur langsung dan barai sebab study, tapi bila tanya dah blur-blur. Sebab otak dalam keadaan yang lemah. Jangan pressure otak kita untuk terima terlalu banyak maklumat dalam satu masa yang panjang. Boleh jadi ‘blank’ sebab pening keliru dengan maklumat.

Pastikan makan supaya zat-zat dapat terima, bila sihat, nak belajar pun senang. Jangan tengok najis. Tak kisah la buang air besar atau kecil, jangan tengok. Ia lemahkan ingatan. Kalau nak tengok untuk periksa kesihatan, cuma tengok sekali imbas. Tapi jangan lupa flush pulak!

Jangan tengok buih. Saya tak ingat saya pernah baca kat notice board mana, tapi dia kata kita jangan tengok buih, dan ramai berpendapat sama sebab katanya dapat emahkan ingatan. Jadi sebarang buih saya cuba elakkan untuk tengok. Buih yang macam tiup-tiup belon tu tu, bukan buih sabun badan hahaha.

Setiap pagi, untuk mulakan pagi yang indah. Saya akan buka surah dan doa dekat Youtube sambil bersiap nak pergi kelas atau untuk nak ambil mood sebelum ulang kaji.

1. Doa Dhuha

2. Asmaul Husna

3. Doa Rabitah

4. Al Waqiah Dan Al Mulk andai kata saya lupa nak dengar malam sebelum tidur.

Kredit – Akak pening

Photo by Marvin Meyer on Unsplash

Artikel Lain Untuk Di Baca