“Saya nak hidup dalam dunia Junji Ito.” Itu apa yang tertera di bio Twitter pemilik akaun @Mamakiteru.

Junji Ito merupakan antara artis manga (komik) seram terbaik di Jepun. Salah seorang peminatnya yang cukup berdedikasi adalah Mamakiteru.

Oleh sebab mustahil untuk hidup sebagai seorang artis manga, gadis ini nekad untuk buat apa yang dia bagus iaitu membawa watak-watak ciptaan Ito itu ke dalam dunia sebenar menerusi mekap cat muka dengan sedikit bantuan pengeditan digital.

Dia mekap wajahnya dari watak gadis comel, hantu sehinggalah raksasa.

Sudah 4 tahun dia melakukan kerja-kerja ini dan hasil seninya itu diikuti oleh sekitar 28 ribu pengikutnya di laman Twitter. Gadis ini menganggap Junji Ito itu sebagai sifu dia.

Kredit foto-foto: @mamakiteru/Twitter

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda