Gadis Genius, Dapat CGPA 4.00 Untuk 6 Semester

Setiap pelajar universiti pasti mengimpikan keputusan yang cemerlang dalam setiap semester. Baru-baru ini tular di media sosial kisah seorang pelajar Unimas yang memperolehi gred purata 4.00 untuk 6 semester. Nama Kong En Yie menjadi topik perbualan hangat di media sosial apabila beliau berjaya menerima anugerah dekan untuk 7 semester berturut-turut.

Lebih hebat lagi, Kong En Yie telah mendapat pointer 4.00 setiap semester, menjadikan Cumulative Grade Point Average (CGPA) sebanyak 3.99. Usaha graduan jurusan Pengkomputeran Rangkaian dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat ini telah membuahkan hasil yang sangat lumayan apabila beliau diberi penghargaan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang). Beliau juga merupakan Finalis Huawei Seeds for the Future.

 

Foto: Unimass Confession

 

Foto: Ohmedia

 

Menurut beliau, ibu dan ayah merupakan pembakar semangatnya untuk belajar bersungguh-sungguh dan mendapatkan keputusan cemerlang setiap semester. Ayahnya merupakan penoreh getah dan ibunya bekerja sebagai tukang sapu di sekolah. Pihak keluarga, rakan dan universiti turut berasa bangga atas pencapaian beliau yang luar biasa.

 

Foto: Kakibola

 

Netizen turut mengucapkan tahniah kepadanya di Twitter dan terdapat juga usikan dan persoalan dari netizen tentang kejayaan beliau.

Penulis ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kong En Yie.

Semoga kejayaan beliau ini dapat memberi inspirasi kepada pelajar yang lain untuk terus berusaha.

 

 

 

 

Artikel Lain Untuk Di Baca