Frontliner Palestin, Dr Mai Afana Temui Ajal Ketika Melalui ‘Checkpoint’ Tentera Israel

frontliner-palestin-dr-mai-afana-temui-ajal-ketika-melalui-checkpoint-tentera-israel

Petugas barisan hadapan, Dr Mai Afana merupakan seorang doktor perempuan Palestin dilaporkan terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Israel yang berlaku semalam.

Doktor muda itu didakwa diserang oleh tentera berkenaan ketika sedang melalui sebuah pusat pemeriksaan di Hezme, Palestin.

Selepas kejadian berlaku situasi di lokasi berkenaan sempat dirakam penduduk tempatan sebelum tersebar meluas di media sosial.

Kematian ‘frontliner’ Palestin yang berusia 29 tahun ini, ditangisi oleh warganet malah, rata-ratanya mengucapkan salam takziah atas pemergiannya.

Sumber: Twitter (@AdDien90)

Pada masa yang sama, netizen tertarik dengan kapsyen dalam ‘cover photo’ yang ditulis Allahyarhamah di laman Facebooknya, Dr-mai Afaneh.

Sumber: Facebook (Dr-mai Afaneh)

Difahamkan, itu adalah kemaskini terakhir dibuatnya yang memaparkan gambar seorang kanak-kanak Palstin yang tercedera sejak 17 Mei lalu.

Kapsyen berbunyi;

“Wahai anak kecilku, air matamu lebih bersih daripada air Zamzam … Kami adalah orang yang enggan dipanggil ‘pelarian dan terlantar’ adalah satu kehidupan, sama ada dengan maruah atau musnahkan kami dan robohkan rumah-rumah di atas kepala kami, kami akan melahirkan anak-anak walaupun kami tahu bahawa mereka mati syahid pada masa depan, kita akan mengajar maruah ini kepada dunia..”

Salam takziah atas kembalinya Dr Mai Afana menuju Pencipta-Nya ke rahmatullah yang abadi. Al-Fatihah.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca