“From No Bulu, Sampai Berbulu, Until Tanggal Bulu.” – Kapsyen Datuk Lee Chong Wei Buat Warganet Terhibur

Beberapa hari lalu, arena badminton dunia dikejutkan dengan persaraan pemenang dua pingat emas Sukan Olimpik iaitu Lin Dan.

Selain memenangi dua emas Olimpik, Lin Dan juga adalah juara dunia lima kali selain pernah bertakhta di tempat pertama dunia untuk satu tempoh yang lama.

Setelah hampir 20 tahun menggegar gelanggang badminton dunia, Lin Dan mengambil keputusan untuk ‘mengundur diri’ dan ‘berehat’.

Susulan daripada pengumuman tersebut, bekas jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei turut menitipkan kata-kata istimewa kepada jagoan China itu menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi posting terbarunya di Instagram, beliau telah memuat naik foto bersama Lin Dan. Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis beliau. Walaupun kapsyen tersebut agak ringkas tetapi ia agak lucu sehingga berjaya mencuit hati warganet.

“From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.” tulisnya.

View this post on Instagram

From no bulu, sampai berbulu, until tanggal bulu.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial) on

Mengikut kefahaman, kapsyen tersebut membawa maksud perkenalan mereka dalam dunia sukan ini bermula sejak kecil sehinggalah kini mereka berdua sudah bergelar seorang bapa.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima hampir 80 ribu dan 1 ribu komen. Rata-rata warganet terhibur dengan kapsyen yang ditulis dan menyifatkan Datuk Wira Lee Chong Wei dan Lin Dan sebagai hero badminton dunia.

Untuk baca lebih banyak artikel berkaitan Datuk Lee Chong Wei, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca