Francisca Luhong Menggayakan Busana ‘Kampung’ Di Pentas Pertandingan Miss Universe

Miss Universe Malaysia 2020 Francisca Luhong James mencuri tumpuan umum apabila beliau membuat penampilan di pentas sebagai kampung.

Pada 14 Mei (Jumaat), wakil Miss Universe bagi setiap negara bertanding dalam kategori ‘National Costume’ sempena Pertandingan Miss Universe yang ke-69 di Hollywood, Florida.

Di acara itu, pelbagai busana unik dan menawan ditonjolkan untuk mewakili identiti negara masing-masing. Dalam pada itu, saat tibanya giliran wakil Malaysia, Francisca Luhong tampil dengan menggayakan busana seperti sebuah rumah kampung.

Image from @inquirerdotnet (Twitter)
Sumber: @inquirerdotnet (Twitter)

Diberi nama ‘Kampungku’, salinan pakaian ini mengambil inspirasi daripada rumah kampung tradisi Melayu yang terdapat di landskap perkampungan dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia.

Francisca yang berasal daripada kaum Dayak itu ingin membangkitkan rasa nostalgia melalui busana yang disarungnya itu. Ia juga adalah bagi memberi peringatan kepada asal usul seseorang.

Dengan berat 45kg, busana itu menampilkan sebuah rumah 3D yang lengkap dengan replika ayam dan pohon kelapa. Dikatakan keseluruhan busana ini mengambil masa tiga bulan untuk siap sepenuhnya.

Artikel menarik lain untuk dibaca:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca