Foto Tompok Cari 3 Ekor Anak Yang Rentung Terbakar Undang Sayu

Luluh hati melihatkan foto memaparkan seekor ibu kucing mencari-cari tiga ekor anaknya yang dipercayai rentung dalam satu insiden kebakaran di sebuah rumah pusaka bertempat di Kampung SC, Kuantan.

Memetik laporan Utusan Digital, kucing yang diberi nama Tompok itu dilihat ke hulu ke hilir mencari anaknya yang baru seminggu dilahirkan.

Gambar hanya sekadar hiasan. (Sumber: New York Post)

Bercerita lanjut tentang kisah sayu itu, Nur Amizan Abdul Hamid berkata, dia sebak melihat Tompok yang menjadi tidak keruan selepas rumah pusaka yang didiami sejak 20 tahun lalu musnah dijilat api dalam insiden jam 5.55 pagi Selasa.

Kata wanita itu, semasa insiden tersebut berlaku, dia dan seorang anaknya berada di rumah ibunya di Kampung Razali, Kuantan manakala suaminya pula keluar bekerja.

“Saya sangat sedih apabila jiran bercerita sewaktu bomba memadamkan api, si Tompok sibuk mencari anak-anaknya,” katanya.

Tambahnya lagi, kediaman rumah kayu itu merupakan rumah pusaka peninggalan arwah nenek suaminya.

“Apa yang berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT, kami reda. Selepas ini, bolehlah saya jaga ibu yang ketika ini kurang sihat,” ujar Nur Amizan yang kini menumpang di kediaman ibunya. 

Sebelum ini, kami ada berkongsi kisah seekor ibu kucing yang berulang kali menempuh api demi menyelamatkan lima anaknya daripada kebakaran. Untuk baca artikel penuh dan artikel-artikel lain yang berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca