Foto Terkini Malique Ibrahim Ini Pasti Dapat Mengubat Rindu Peminat

Sebut sahaja Too Phat, pasti semua terutamanya peminat muzik HipHop kenal duo berkumpulan itu. Mereka pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Lagu-lagu seperti Alhamdulillah dan Anak Ayam sering kali dimainkan di konco radio tempatan. Malah, Too Phat juga pernah berganding dengan artis luar negara seperti Warren G iaitu adik kepada komposer muzik terkenal Dr. Dre.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa tahun mengharungi segala onak duri dalam industri muzik bersama-sama, Malique dan Joe Flizzow akhirnya mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.

Joe kini masih lagi aktif dengan perjuangannya dalam muzik Hip Hop. Malique pula memilih untuk bekerja di belakang tabir sehinggakan kelibatnya tidak kelihatan di mana-mana media cetak mahupun elektronik.

Seorang pengguna Facebook telah memuat naik satu foto yang memaparkan Malique bersama dengan keluarga di sebuah lapangan terbang di laman sosial tersebut. Perkongsian itu ternyata berjaya mencuri perhatian warganet di mana ia meraih hampir 3,000 perkongsian dalam sekelip mata sahaja.

Tinjauan kami di ruangan komen mendapati rata-rata warganet menzahirkan rasa rindu kepada Malique atau lebih dikenali dengan nama panggilan Mr. General itu.

Untuk rekod, Malique yang berasal dari Johor Bahru itu telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Qarma Musiq. Beliau turut tampil dengan beberapa lagu dengan artis-artis ternama tanah air seperti M. Nasir (Mantera Beradu), DJ Fuzz dan Salam (Cerita Kedai Kopi), Jamal Abdillah (Aku Maafkan Kamu) serta Black (Teman Pengganti).

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca