Foto Resolusi Tinggi Hajarul Aswad, Arab Saudi Dedah Buat Pertama Kali

Baru-baru ini, kerajaan Arab Saudi telah memuat naik foto batu Hajarul Aswad dari jarak dekat dan beresolusi tinggi yang terletak di sudut Kaabah kerana sebelum ini belum pernah dipaparkan secara umum.

Menurut laporan daripada The General Presidency for the Affairs of the Two Holy Mosques, foto batu suci itu diambil menggunakan teknik baharu iaitu konsep ‘panorama fokus bersusun’.

Foto Resolusi Tinggi Hajarul Aswad, Arab Saudi Dedah Buat Pertama Kali
Hajarul Aswad yang diletakkan di penjuru Kaabah
Sumber: Tribunews

Alarabiya memaklumkan bahawa, kira-kira tujuh jam masa diperlukan bagi membidik satu foto batu berkenaan dalam kadar resolusi paling tinggi.

Dikatakan dalam masa yang sama saiz batu suci berkenaan berukuran sehingga 49,000 megapiksel malah memerlukan tempoh masa hingga mencapai 50 jam untuk mengembangkannya.

Buat pertama kalinya, pihak kerajaan Arab Saudi berkongsikan paparan foto Hajarul Aswad secara terperinci.

Pada asalnya, Hajarul Aswad berwarna putih namun melalui foto beresolusi tinggi kelihatan hitam kemerahan. Batu suci itu berbentuk agak lonjong dan saiz diameternya mencapai sehingga 30 sentimeter serta diletakkan di penjuru Kaabah, Maakah.

Paparan Hajarul Aswad dari jarak dekat dan beresolusi tinggi.
Sumber: Twitter (@hsharifain)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca