Foto Muslim Dan Kristian Berkumpul Untuk Sembahyang Minta Hujan Sentuh Hati Warganet

Sekumpulan orang Islam telah berkumpul bersama-sama di sebuah taman untuk menunaikan solat meminta hujan bagi memadamkan api yang melanda hutan di Australia.

Sebanyak 50 lelaki, wanita dan kanak-kanak Muslim dan Kristian telah berkumpul di Bonython Park, Adelaide pada hari Ahad lalu untuk meminta hujan diturunkan untuk petani dan mangsa kebakaran hutan tersebut.

Paderi Patrik Mclnerney yang turut sama turun padang bersama-sama umat Islam semasa solat tersebut dilakukan.

Paderi Payrik Mclnerney mengatakan, dia datang untuk bersama-sama mendoakan keselamatan Australia.

Majlis ini dibuat sehari selepas seorang juruterbang, Dick Lang dan anak lelakinya, Clayton seorang pakar bedah terbunuh dalam kebakaran di Pulau Kangaroo, Barat Australia.

Namun, anak beranak ini turut sama membantu memadamkan api dan terkorban ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah kerana terperangkap dalam api.

Akibat dari kebakaran ini, beberapa rumah, bangunan dan infrastuktur telah hangus dijilat api.

Lebih dari 500 pengawai bomba masih meneruskan perjuangan mereka untuk mengawal kebakaran di sana.

Bermula pagi Sabtu yang lalu, keadaan di sana lebih tenang dan persekitaran disekeliling lebih sejuk secara tidak langsung memudahkan urusan pihak bomba untuk menyambung tugasan mereka.

Untuk baca artikel yang berkaitan kebakaran di Australia, sila klik pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca