[Foto] Anak Angsa Bernama Hazelin Ini Menganggap Peladang Itu Sebagai ‘Mama’

Pada suatu hari, seorang peladang bernama Muhammad Sanusi telah menemui sebutir telur, tanpa adik-beradiknya yang lain.

Ibunya hilang sewaktu mengeram dan dipercayai telah ditelan oleh ular sawa. Telur itu telah menjadi piatu dan menetas melalui inkubator, keluar menjadi ‘bebola’ bulu-bulu kuning.

Menurut perkongsian Encik Sanusi menerusi laman Kelab Penternak Itik Dan Angsa Malaysia di Facebook, anak angsa tersebut menyangka lelaki itu adalah emaknya.

Anak angsa yang comel itu dinamakan Hazelin, sebab lahir semasa musim jerebu (haze) yang melanda Malaysia baru-baru ini.

Selain Hazelin, Encik Sanusi yang tinggal bersama keluarganya di sebuah desa di Kajang ini turut membela ayam dan kambing.

Berikut kami kongsikan foto-foto telatah Hazelin setelah mendapat izin daripada pemilik asal:

Kredit Foro-foto: Facebook Muhammad Sanusi

Artikel Lain Untuk Di Baca