Fosil Naga Laut Gergasi Ditemui, Berusia Hampir 180 Juta Tahun

Ichthyosaur

Sebuah fosil gergasi yang berusia 180 juta tahun telah ditemui di dasar takungan di England.

Penemuan ini merupakan penemuan terbesar yang pernah ditemui iaitu berukuran hampir 33 kaki panjang dan mempunyai tengkorak seberat satu tan.

Fosil yang didakwa sebagai Naga Laut itu dijumpai oleh Joe Davis merupakan seorang pekerja di Rizab Alam Semula Jadi Rutland berhampiran Leicester.

Lakaran gambar rupa spesies Ichthyosaur. Sumber: BBC

Spesies naga laut ini dikenali sebagai Ichthyosaur yang seakan bentuk ikan lumba-lumba gergasi. Haiwan purba itu dianggarkan hidup sekitar 250 juta tahun hingga 90 juta tahun dahulu.

Seperti dilaporkan oleh BBC, Joe Davis menemui sesuatu yang menonjol di dalam lumpur ketika sedang merancang untuk mengubah landskap di kawasan terbabit.

Pada mulanya, fosil tersebut dianggap sebagai dinosaur tetapi ia sebenarnya adalah pemangsa marin yang mempunyai panjang sehingga 10 meter.

“Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti batu atau karang di dalam lumpur, kemudian saya ingat ia kelihatan sedikit organik, sedikit berbeza. Kemudian kami melihat sesuatu yang kelihatan hampir seperti tulang rahang,” kata Joe Davis.

Spesimen itu kini sedang diselidik oleh pakar konservator paleontologi melalui satu proses yang akan mengambil masa 12 hingga 18 bulan.

Mereka berharap agar dapat meneroka tapak Rutland Water dengan lebih jauh. Hal ini kerana terdapat enam atau tujuh vertebra dari Ichthyosaurus lain turut ditemui semasa penggalian.

Penemuan fosil spesies ini benar-benar tidak pernah berlaku sebelum ini. 

Malah, ini merupakan antara penemuan fosil terbesar dalam sejarah paleontologi British.

Perkara ini boleh dilihat berdasarkan kesempurnaan tulang fosil hingga ke saiz fosil haiwan purba yang sangat besar.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca