Foodpanda Sahkan Terdapat Kes COVID-19 Dalam Kalangan Kakitangan Pejabat Korporat

Ketika negara sedang dalam tempoh perintah kawalan pergerakan, masih terdapat beberapa syarikat yang terpaksa berkerja keras dalam memastikan kehendak orang ramai dipenuhi.

Salah satu syarikat yang terlibat sudah pastinya syarikat Foodpanda yang menjalankan servis penghantaran makanan. Menurut laporan, terdapat seorang pekerja Foodpanda yang bekerja di pejabat korporat disahkan positif wabak COVID-19.

Sayantan Das, pengarah urusan Foodpanda turut menggesa para pekerja untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan.

Sehubungan dengan isu yang melibatkan pekerja bidang korporat Foodpanda, syarikat ini telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pembersihan serta-merta.

Foodpanda turut memilih untuk mewajibkan kesemua pekerja menjalankan pemeriksaan kesihatan lanjut dan kos perubatan akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tersebut.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang kes COVID-19 yang melibatkan pihak penghantar makanan Foodpanda. Oleh sebab itu, operasi penghantaran makanan masih diteruskan seperti biasa.

Untuk membaca artikel lain berkaitan penularan wabak COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca