Fobia – Benar Atau Mengada-Ada?

Apa Itu Fobia?

Foto: wikiHow

 

Menurut Persatuan Psikiatrik Amerika Syarikat, fobia adalah suatu ketakutan melampau yang ada kalanya kelihatan tidak rasional terhadap sesuatu objek atau sesuatu situasi secara spesifik. Dalam kebanyakan kes, fobia ini melibatkan deria manusia yang takut akan bahaya.

Pasti ada dalam kalangan rakan-rakan anda yang tersangat takut akan haiwan, terutamanya kucing. Betul?

Janganlah dicop terus individu tersebut sebagai mengada-ngada ataupun mencari publisiti murahan apabila dia lari daripada kucing. Mungkin dia memang mempunyai Ailurofobia, iaitu ketakutan yang melampau terhadap kucing.

 

Simptom-simptom Fobia

Simptom-simptom akan terus dapat dikesan pada individu-individu yang mempunyai fobia apabila mereka:

  • berdepan dengan benda, haiwan ataupun situasi yang mereka takuti
  • terfikir atau terbayang tentang benda, haiwan ataupun situasi yang mereka takuti
Foto: wikiHow

 

Antara simptom-simptom tipikal yang dialami oleh mereka yang mempunyai fobia termasuklah:

  • pening, tubuh menggeletar dan peningkatan pada kadar degupan jantung
  • sesak nafas
  • loya
  • ketakutan terhadap kematian
  • terus-terusan dihantui oleh benda, haiwan ataupun situasi yang ditakuti
Foto: wikiHow

 

Terdapat sesetengah kes, simptom-simptom ini boleh mengakibatkan serangan cemas (Anxiety Attack) kepada individu yang mempunyai fobia. Oleh disebabkan itu, ramai dalam kalangan mereka yang mempunyai fobia memilih untuk memencilkan diri.

 

Jenis-jenis Fobia

Fobia telah dikategorikan kepada tiga jenis yang berbeza.

 

1. Fobia sosial

  • Melibatkan ketakutan terhadap situasi sosial. Dalam sestengah kes, ketakutan (fobia) yang tergolong dalam kategori ini melibatkan ketakutan terhadap situasi sosial yang spesifik seperti berucap dikhalayak ramai. Kebanyakan daripada kita mungkin akan berasa takut untuk melakukan apa-apa tugasan yang melibatkan mereka untuk berucap di hadapan khalayak kerana risau akan ditertawakan.

 

2. Agorafobia

  • Melibatkan perasaan takut terhadap situasi-situasi seperti terperangkap di tempat-tempat yang sukar untuk melepaskan diri. Sehubungan dengan itu, individu-individu yang mempunyai Agorafobia akan mengelakkan diri daripada berada di tempat-tempat yang dibayangkan.

 

3. Fobia Spesifik

  • Melibatkan perasaan takut terhadap beberapa benda secara spesifik. Kebiasaannya, fobia jenis ini terbahagi kepada empat kategori berlainan, iaitu situasi, haiwan, perubatan dan persekitaran. Contoh-contoh ketakutan yang tergolong dalam kategori ini adalah ketakutan terhadap labah-labah, ketakutan terhadap ketinggian dan juga ketakutan terhadap jarum.
  • Contoh-contoh fobia yang tergolong dalam kategori utama ini:
    • Persekitaran Semulajadi: Ketakutan terhadap kilat, air, ribut, taufan, puting beliung atau tanah runtuh.
    • Haiwan: Ketakutan terhadap ular, anjing, kucing atau burung.
    • Perubatan: Ketakutan terhadap darah atau ketakutan untuk berjumpa dengan doktor.
    • Situasi: Ketakutan terhadap jambatan, ketakutan untuk meninggalkan rumah atau ketakutan untuk memandu.

 

 

 

Bagaimanakah Fobia Dapat Dirawat?

Terdapat beberapa jenis rawatan dan pendekatan yang digunakan untuk merawat individu-individu yang mempunyai fobia. Walaubagaimanapun, keberkesanan setiap rawatan dan pendekatan yang digunakan adalah bergantung kepada individu itu sendiri dan jenis-jenis fobia yang dialami.

 

1. Exposure Treatment

Individu akan didedahkan dengan benda-benda yang mereka takuti untuk membantu mereka mengatasi perasaan takut yang dialami.

Foto: International Business Time

 

2. Counter-Conditioning

Untuk rawatan ini, individu yang berdepan dengan fobia akan diajar untuk memberi tindak balas yang baru apabila berhadapan dengan benda-benda yang mereka takuti. Daripada menjerit dan menjadi panik, individu tersebut akan diajar teknik relaksasi (relaxation techniques) untuk menggantikan perasaan takut.

Foto: wikiHow

 

3. Ubatan

Untuk individu-individu yang mengalami fobia sosial, pengambilan ubatan seperti benzodiazepine dalam dos yang sedikit dapat membantu mereka untuk mengawal rasa takut yang mereka alami.

 

Jika anda berdepan dengan individu-individu di sekeliling anda yang mempunyai fobia, jangan memperlekehkan mereka. Mereka sendiri juga tidak dapat mengawal fobia mereka sendiri. Be supportive! Jangan pula galak menyakat. Makin teruk jadinya nanti.

Anda mempunyai fobia? Ataupun anda mungkin mempunyai fobia? Anda boleh menguji tahap ketakutan anda terhadap sesuatu benda di sini.

 

 

Sumber: verywellmind dan Healthline

Foto Di Paparan Utama: Science O Holic

Artikel Lain Untuk Di Baca