Finland Perkenal Waktu Kerja 4 Hari, Para Pekerja Lebih Produktif

Finland membuat perancangan untuk memperkenalkan waktu bekerja selama empat hari seminggu dan enam jam sehari di bawah pelan baharu.

Sanna Marin, Perdana Menteri Finland mencadangkan idea berkenaan kerana beliau mahukan golongan pekerja untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga masing-masing.

Image

Sanna berkata, “Saya percaya setiap orang berhak luangkan masa dengan keluarga dan insan tersayang dalam hidup mereka dalam melakukan pelbagai aktiviti dan aspek kehidupan. Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja.”

Ketua kerajaan kedua paling muda di dunia sejak Disember 2019 itu berkata bahawa beliau mahu memperkenalkan waktu bekerja fleksibel itu di seluruh negara.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Finland iaitu Li Andersson turut bersetuju dengan idea tersebut.

Li berkata, “Adalah sangat penting untuk memastikan rakyat Finland tidak terlalu bekerja keras. Ia bukan soal memerintah dengan gaya feminin, namun ia adalah menawarkan bantuan dan bukti menunaikan janji kepada pengundi.”

Untuk pengetahuan anda, Finland bukan negara pertama yang pendekkan waktu bekerja kepada enam jam sehari.

Waktu bekerja yang fleksibel ini pernah dilaksanakan oleh beberapa negara termasuk Sweden yang menetapkan tempoh bekerja enam jam sehari sejak 2015.

Selepas waktu bekerja menjadi lebih pendek, para pekerja menjadi lebih gembira dan produktif kerana mereka dibayar gaji penuh. 

Sekiranya anda ingin membaca lebih banyak artikel mengenai waktu bekerja, anda boleh klik pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca