Filipina Larang Pelajar Ke Sekolah Selagi Belum Jumpa Vaksin

Umum sudah tahu vaksin untuk virus COVID-19 masih lagi belum ditemui. Justeru itu, Filipina telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan puluhan juta murid kembali ke sekolah.

Selain itu, kerajaan di negara itu juga pertimbang untuk menyiarkan pembelajaran menerusi televisyen.

Menurut Presiden Rodrigo Duterte pada bulan lalu, walaupun pelajar tidak dapat menamatkan pengajian, mereka tetap perlu menjauhi sekolah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19.

“Kami akan mematuhi arahan presiden untuk menangguhkan kelas secara bersemuka sehingga vaksin tersedia,” kata setiausaha pendidikan, Leoneor Briones dalam satu kenyataan.

Kelas dijangka akan bersambung semula pada akhir bulan Ogos dan guru akan menggunakan kaedah pembelajaran jarak jauh melalui siaran Internet atau televisyen jika diperlukan.

Para saintis di seluruh dunia ketika ini sedang bertungkus lumus untuk mengembangkan vaksin yang telah menjangkiti lebih tujuh juta manusia di bumi dan mengorbankan lebih 400 ribu mangsa.

Rakyat Malaysia dinasihati supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial dan mengamalkan tahap keselamatan diri yang tinggi.

Lebih-lebih lagi, pada 10 Jun akan bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang menyaksikan lebih banyak kebebasan diberikan kepada orang ramai dan sektor perniagaan.

Selagi vaksin tidak ditemui, selagi itu kita perlu berhati-hati dan tidak lupakan virus berbahaya ini.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Filipina, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca