Search
Close this search box.

Filem Upin Dan Ipin Keris Siamang Tunggal Mengangkat Kisah Rakyat

Setelah 10 tahun mencipta fenomena, Les Copaque yang terkenal dengan filem animasi 3 Dimensi (3D) Geng: Pengembaraan Bermula kini tampil dengan naskah terbaharu buat para peminat iaitu Upin dan Ipin Keris Siamang Tunggal.

Bagi penulis skrip, Nor Anira Haris, tarikan utama filem terbaharu kali ini adalah cerita rakyat yang diolah kembali ke dalam filem.

“Filem ini mengembalikan benda lama yang kita tinggalkan seperti keris. Selain menghiburkan kanak-kanak, ia juga mengingatkan penonton dewasa terhadap kisah-kisah rakyat yang pernah diceritakan pada zaman kanak-kanak mereka dahulu,” katanya.

Filem ini juga akan ditayangkan di Indonesia, Singapura dan Brunei. Selain itu, ia mencuba untuk menembusi pasaran Asia lain seperti China, Taiwan dan Jepun.

Filem ini yang menelan belanja hampir RM20 juta itu telah mengambil masa lima tahun untuk disiapkan selain
menggunakan kepakaran anak-anak tempatan.

Plot filem ini mengisahkan bagaimana Upin dan Ipin bersama rakan-rakannya terperangkap dalam keris mistik yang dijumpai dalam bilik stor Tok Dalang. Mereka mengembara sehingga ke dunia lain lalu bertemu dengan watak popular dalam hikayat cerita Melayu seperti Mat Jenin dan Belalang.

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 21 Mac 2019.

Jangan lupa serbu pawagam ye korang!

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca